Harian Metro

Pengunjung pelahap kena ‘gam’

-

Berlin: Seorang lelaki diharamkan masuk ke restoran sushi yang menawarkan pakej makan sebanyak mana yang mampu dihabiskan, selepas dia ‘melahap’ 100 pinggan makanan hingga menyebabka­n pemilik premis itu mengalami kerugian.

Jaroslav Bobrowski yang juga atlet triatlon dilapor mengamalka­n diet khas iaitu tidak makan apa-apa selama 20 jam dan selepas itu akan makan sehingga kenyang.

Minggu lalu, Bobrowski, 30, dan teman wanitanya pergi ke restoran Running Sushi di Landshut, Bavaria. Mereka membayar 15.90 euro (RM77) seorang untuk pakej makan sebanyak mana yang mampu dan berada di restoran berkenaan selama sejam setengah untuk makan kira-kira 100 pinggan sushi.

Kerana makan terlalu banyak, pelayan di restoran berkenaan tidak mengambil pinggan di mejanya dan apabila Bobrowski mahu keluar dia diberitahu dia tidak diterima lagi datang ke premis berkenaan.

Biasanya seorang dewasa hanya makan 20 hingga 25 pinggan sushi dan pemilik restoran beranggapa­n Bobrowski yang makan hingga 100 pinggan sushi itu tidak baik untuk perniagaan mereka.

“Pelanggan ini sudah beberapa kali datang ke restoran kami dan kali ini kami mendapati dia makan hingga 100 pinggan sushi, ini bukan sesuatu yang normal.

“Kami tidak suka menghalau pelanggan tetapi dalam kes ini kami terpaksa kerana dia makan terlalu banyak hingga tiada lagi sushi untuk pelanggan lain. Kami minta maaf,” kata seorang pekerja Running Sushi kepada akhbar Donaukurie­r.

Bobrowski yang bekerja sebagai jurutera perisian pada mulanya terkejut dengan tindakan restoran itu tetapi selepas cerita mengenai dirinya itu tular di Jerman dia akhirnya berasa bangga. Agensi

 ??  ?? BOBROWSKI
BOBROWSKI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia