Harian Metro

Terbongkar juga

- Agensi

„ Warga emas didakwa bunuh isteri, 45 tahun lalu

Misteri kehilangan seorang wanita sejak 1973 akhirnya terbongkar selepas suaminya yang kini berusia 70 tahun didedahkan sebagai pembunuhny­a, yang turut menanam mayat mangsa di belakang rumah mereka.

Geoffrey Adams, 70, dari selatan Australia, didakwa membunuh Colleen Adams yang selama ini didakwanya meninggalk­annya bersama dua anak mereka, 45 tahun lalu.

Malah, sehingga 24 jam sebelum penahanann­ya, Adams masih mendakwa kali terakhir dia melihat Colleen - yang ketika itu berusia 24 tahun selepas wanita itu keluar dari rumah mereka membawa dua beg dengan ditemani seorang wanita pertengaha­n usia.

Ketika itu, dua anak mereka berusia tiga tahun dan 18 bulan.

Adams ditahan di rumahnya di Wallaroo, Rabu lalu dan dibawa ke rumah yang pernah didiami pasangan itu sebelum menunjukka­n tempat mangsa ditanam.

Gambar disiarkan media semalam menunjukka­n Adams dibawa ke bekas kediamanny­a sambil ditemani detektif, sebelum menunjukka­n kawasan yang dilitupi konkrit, dipercayai tempat Colleen ditanam, lapor Nine News.

Detekif kemudian menyembur cat berbentuk tiga segi di kawasan itu.

Ibu Colleen membuat laporan polis mengenai kehilangan­nya sebulan selepas kejadian, namun kes itu cuma dikelaskan sebagai jenayah enam tahun kemudian.

Dalam temu ramah disiarkan televisyen, 24 jam sebelum penahanann­ya, Adams berkata: “Saya cuma berharap dia (Colleen) dalam keadaan baik dan menikmati kehidupan.”

Saudara mereka memberitah­u polis, Colleen ibu yang baik dan tidak mungkin mengabaika­n anaknya, lapor The Advertiser.

Sementara itu, anak bongsu pasangan itu, Kaye memberitah­u wartawan: “Akhirnya hari ini saya jumpa ibu. Selepas 45 tahun berharap, akhirnya dia ditemui.”

 ??  ?? POLIS mula mengorek kawasan itu untuk mencari sisa mayat mangsa. - Agensi
POLIS mula mengorek kawasan itu untuk mencari sisa mayat mangsa. - Agensi
 ??  ?? ADAMS
ADAMS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia