Harian Metro

Kad merah buat Ronaldo menangis

-

Valencia: Aksi pertama Cristiano Ronaldo dalam kempen Liga Juara-Juara bersama Juventus sekadar bertahan selama 29 minit apabila dia dilayangka­n kad merah, namun ia tidak menghalang kelab gergasi Itali itu meraih kemenangan 2-0 ke atas Valencia dalam aksi pembukaan Kumpulan H, semalam.

Jaringan Miralem Pjanic menerusi sepakan penalti pada setiap babak mengesahka­n tiga mata buat pasukan pelawat, dengan Valencia kembali ke kancah elit Eropah selepas dua tahun berakhir dengan kekecewaan.

Ia malam yang amat dinantikan buat Ronaldo dalam saingan Liga Juara-Juara apabila membuat penampilan pertama bersama kelab yang kerap dikecewaka­nnya ketika mewakili Real Madrid.

Bagaimanap­un, ia bukan detik yang dibayangka­n penyokong yang berada di Mestalla apabila penyerang antarabang­sa Portugal itu dibuang padang buat kali pertama dalam 154 penampilan­nya pada kejohanan elit Eropah itu.

Selepas aksi bertenaga pada permulaan perlawanan, Ronaldo yang merekod 121 gol Liga Juara-Juara dilihat mengasari pemain pertahanan Valencia, Jeison Murillo ketika dia menanti bola hantaran lintang dalam kotak penalti.

Ia dilihat bukan tindakan melampau yang dilakukan oleh Ronaldo, tetapi pengadil dari Jerman, Felix Brych yang berbincang dengan pembantu pengadil membuat keputusan melayangka­n kad merah kepada Ronaldo.

Selepas meninggalk­an padang, pemenang lima kali Liga Juara-Juara itu yang menyempurn­akan sepakan penalti untuk Real Madrid menyingkir­kan Juve dalam aksi suku akhir musim lalu dilihat menangis ketika menuju ke bilik persalinan.

Beraksi dengan 10 pemain Juventus bagaimanap­un masih bernasib baik apabila dua kali dihadiahka­n sepakan penalti yang disempurna­kan Pjanic.

Pemain pertahanan Juventus, Leonardo Bonucci berkata, semangat juang berpasukan membolehka­n mereka mengatasi detik sukar dalam perlawanan itu.

“Kami membuktika­n bahawa kami kuat secara berpasukan.

“Kami terus mengekalka­n cara permainan kami walaupun dengan 10 pemain. Kami bersama-sama mengharung­i kesukaran di akhir perlawanan tetapi kami membuktika­n kemampuan sekali lagi malam ini (semalam),” katanya. Layangan kad merah itu kemungkina­n akan menyaksika­n Ronaldo terlepas perlawanan menentang bekas kelab, Manchester United pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan. –

Reuters

 ??  ?? PJANIC (dua dari
kanan) diraikan rakan sepasukan.
PJANIC (dua dari kanan) diraikan rakan sepasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia