Harian Metro

INI BARU POGBA...

-

United melengkapk­an kemenangan 3-0 melalui jaringan Anthony Martial pada minit ke-66.

Bintang Perancis itu turut membantu Martial menjaringk­an gol ketiga, ketika pengurus United, Jose Mourinho mempertika­ikan tahap keselamata­n pemainnya apabila turun beraksi di permukaan padang sintetik di Stade de Suisse.

“Saya boleh faham kenapa kami tidak boleh memulakan perlawanan ini dengan baik, kenapa kami mengambil masa 20 hingga 25 minit untuk bermain dalam keadaan terkawal.

“Mereka tahu betapa sukarnya untuk lawan bermain di padang ini, jadi mereka memaksa sedikit dan mereka memberikan kami masalah, tetapi gol pertama mengubah segala-galanya.

“Selepas itu, kami benar-benar bermain dengan baik dan betapa bagusnya untuk bermula dengan kemenangan,” kata Mourinho.

Mengenai prestasi Pogba, pengurus United berkenaan menambah:

“Saya gembira kerana Pogba bermula daripada posisi selaku penjaring gol dan mampu menjadi nilai tambah kepada pasukan.”

Kemenangan itu menggambar­kan krisis yang melanda United sejak tumbang 0-3 kepada Tottenham

Hotspur pada akhir bulan lalu, kini sudah berakhir dan ini adalah kemenangan ketiga mereka berturut-turut dalam perlawanan di tempat lawan.

United bakal menghadapi tekanan lebih hebat dalam saingan Kumpulan H, apabila dijadual menentang Valencia di

Old Trafford dan

Juventus, selepas ini.

“Saya cukup gembira kerana persembaha­n mantap seluruh pasukan berbanding individu tertentu,” tambah Mourinho.

“Kami tahu kami perlu memenangi perlawanan ini, kami tahu ia perlawanan sangat penting untuk menghadapi perlawanan seterusnya menentang Valencia dan Juventus.”

„ Kapten United ledak dua gol, bantu Martial buat Young Boys putih mata di laman sendiri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia