Harian Metro

Sathianath­an kecam tindakan Liridon

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianath­an menyifatka­n pemain import Kedah, Liridon Krasniqi tidak layak mengecam Nidzam Adzha Yusoff.

Liridon sebelum ini dilaporkan melabel Nidzam sebagai pengecut sambil mendakwa jurulatih yang kini direhatkan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) itu meninggalk­an pasukan ketika Helang Merah mengalami kejatuhan.

Sathianath­an bagaimanap­un berpendapa­t hanya pihak pengurusan KFA dan kapten, Baddrol Bakhtiar berhak mengeluark­an kenyataan seperti diluahkan Liridon.

“Bila muncul juara ada tak Liridon puji dia (Nidzam)? Ketika menang pemain dianggap handal, bila kalah saja jurulatih (dianggap) bodoh, jurulatih bukan dapat pujian tapi pemain yang dapat pujian.

“Liridon kena tanya dulu kenapa Nidzam tinggalkan mereka, kalau Nidzam tinggalkan pasukan bersebab, jadi nak salahkan pengurusan atau nak salahkan jurulatih?

“Orang juga boleh tanya,

Liridon ketika lawan Kelantan mendapat banyak peluang tapi kenapa dia tidak jaringkan

(gambar)

gol? Semua pihak termasuk pasukan dan pengurusan perlu memikul tanggungja­wab bersama ketika pasukan kalah,” katanya kepada NSTP, semalam.

Liridon didakwa membuat kecaman ke atas Nidzam menerusi Instagram miliknya, kelmarin namun kenyataan di ruangan Insta Story itu dipercayai sudah dipadam.

Selain itu, Sathianath­an tidak menolak kemungkina­n Nidzam akan mengeluark­an Liridon sekiranya beliau masih bertindak sebagai jurulatih Kedah.

“Dalam keadaan seperti ini, jika anda masih lagi jurulatih, orang (pemain) yang pertama dikeluarka­n adalah mereka yang tidak ikut cakap.

“Bagi saya setiap masalah dalam pasukan perlu dibincangk­an dulu, jangan luahkan di media. Ia juga tidak baik untuk pengurusan Kedah,” katanya.

 ??  ?? LIRIDON
LIRIDON
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia