Harian Metro

Laung ‘semboyan’

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

„ Skuad kendalian Teong Kim beri amaran kepada pencabar lain di Kejohanan AFC B-16

Malaysia menghantar amaran kepada pencabar lain selepas membuka kempen Kejuaraan Bawah 16 tahun (B-16) Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2018 menerusi kemenangan besar 6-2 ke atas Tajikistan pada aksi pertama Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin membuktika­n betapa dia Kuantan: Sebanyak 28,000 tiket diperuntuk­kan bagi aksi suku akhir pertama Piala Malaysia antara Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Makmur, Ahad ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP), Norlia Abdul adalah bintang dalam pembikinan dan bakal menjadi tonggak untuk merealisas­ikan hasrat Malaysia ke Piala Dunia Bawah 17 tahun (B-17) 2019 selepas meledak empat gol pada aksi terbabit.

Dua gol lagi disumbangk­an menerusi sepakan penalti Muhd Najmuddin Akmal dan Muhd Alif Mutalib.

Namun, Malaysia membayar harga yang mahal untuk kemenangan itu apabila penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel dilayangka­n kad merah, sekali gus terpaksa diketepika­n secara automatik untuk aksi bertemu Thailand selepas ini.

Begitupun, perkembang­an itu tidak menggusark­an pengendali pasukan Lim Teong Kim yang menegaskan sudah meletakkan sepenuh kepercayaa­n kepada penjaga gol gantian yang diyakini mampu memberikan persembaha­n cemerlang untuk aksi selepas ini.

Beliau juga tidak menyalahka­n Sikh sebaliknya menyifatka­n insiden itu sebagai pengajaran berguna buat anak buahnya namun mengakui tindakanny­a itu sebagai satu kesilapan.

“Saya sudah katakan semalam (kelmarin) bahawa mereka masih budak budak. Dia beraksi dengan baik kecuali satu kesilapan yang dilakukann­ya tetapi pada saya, ia bukan satu masalah.

“Ini adalah sebahagian daripada proses pembelajar­an dan mereka dibenarkan untuk membuat kesilapan. Sudah tentu mereka akan bangkit dan memperagak­an persembaha­n yang lebih baik.

“Kami masih ada pemain yang tidak kurang hebatnya dan sama bagus dengan Sikh. Kami memiliki kelompok pemain yang baik dan tidak hanya bergantung kepada seorang pemain saja,” katanya pada sidang media selepas perlawanan, semalam.

Tindakan Sikh yang ‘berkungfu’ ke arah penyerang Tajikistan, Soirov Rustam pada minit ke-87 mengundang padah apabila dia dilayangka­n kad merah, sekali gus berdepan penggantun­gan automatik bertemu Thailand dan berkemungk­inan terlepas aksi bertemu Jepun sekiranya penilai pengadil melihat semula rakaman insiden terbabit.

Mengulas mengenai Luqman yang tampil sebagai wira pada aksi terbabit, Teong Kim menegaskan kredit seharusnya diberikan kepada semua pemain dalam pasukan.

“Empat gol adalah satu pencapaian yang bagus tetapi tanpa sokongan pemain yang lain, sudah tentu dia tidak dapat menjaringk­an gol sebanyak itu. Saya bangga dengan kemenangan pertama ini dan inilah permulaan yang saya inginkan.”

Selepas ini, Malaysia akan bertemu jaguh Asia Tenggara, Thailand pada Ahad sebelum menutup aksi peringkat kumpulan menentang juara dua kali, Jepun pada Rabu depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia