Harian Metro

Tuah tukar kategori ‘Puteri’ galah

-

Tapah: Percaturan untuk menukar ke kategori lebih berat ternyata membawa tuah buat atlet angkat berat Selangor, Nur Afiqah Nadrah Mohammed Borhan yang berjaya mencipta rekod kebangsaan dalam acara 90 kilogram snatch wanita di Dewan Merdeka, Tapah semalam.

Atlet berusia 20 tahun itu melakukan angkatan 92kg dalam kategori yang kali pertama dipertandi­ngkan pada temasya dwitahunan itu bagi mengatasi rekod kebangsaan 91kg yang dibuat Siti Aisyah Md Rosli pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018, April lalu.

Pingat perak menjadi milik atlet Johor, Mimi Syazwani Zainal Abidin (85kg) dan atlet Sabah, Caroline Joachim di tempat ketiga (82kg).

“Saya menang emas dalam kategori bawah 75kg snatch di SUKMA Sarawak, tapi saya rasakan ketika itu saya perlu bertukar kategori berat badan kerana rasa kekurangan tenaga apabila perlu menjaga berat badan di bawah 75kg.

“Saya dapat mencapai sasaran yang diingini di sini kerana rasa selesa dengan kategori ini dan saya berharap dapat menyertai skuad kebangsaan selepas ini bagi menjadi atlet lebih bagus,” katanya.

Nur Afiqah yang berasal dari Hulu Kelang turut memenangi emas 90kg clean and jerk wanita apabila mencatat 116kg diikuti Caroline dengan 110kg dan Mimi Syazwani di tempat ketiga (103kg).

“Catatan terbaik peribadi saya adalah 95kg yang saya lakukan ketika sesi latihan beberapa bulan lalu. Saya tak dapat mengangkat bebanan lebih hari ini (semalam) kerana baru saja pulih daripada kecederaan bahu, namun saya tetap gembira dengan pencapaian ini,” katanya.

Kategori 105kg snatch lelaki menyaksika­n Hafiz Shamsuddin menghadiah­kan pingat emas pertama buat tuan rumah Perak sekali gus mencatat rekod baru temasya dengan angkatan 143kg. Rekod temasya sebelum ini milik atlet Wilayah Persekutua­n, Elisha Loise Tan pada temasya enam tahun lalu di Pahang.

Pingat perak menjadi milik Zarul Iman Giman dari Selangor (127kg) dan Syahmi Zulkiflee dari Kelantan gangsa

(125kg). Ipoh: Dia langsung tidak menjangka mampu meraih emas kerana diserang demam sehari sebelum acara olahraga bermula di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Perak, namun atlet Wilayah Persekutua­n Eng May Xin

melakar kejutan memecahkan rekod temasya berusia 22 tahun dalam acara heptatlon.

May Xin memadamkan rekod lama milik Masliza Shaari 4,453 mata yang dilakukan ketika SUKMA Pahang 1996 selepas mengumpul 4,510 mata menewaskan atlet

(gambar)

„ Atlet Negeri Sembilan catat lompatan 3.80m, lebur rekod 18 tahun milik Roslinda

Atlet Negeri Sembilan, Puteri Nur Adillah Shik Azizir Rahman melakar kejutan apabila memecah rekod berusia 18 tahun milik Roslinda Samsu dalam acara lompat bergalah wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) Perak.

Puteri mencipta rekod baru temasya 3.80 meter di Stadium Perak semalam, sekali gus memadamkan rekod lama milik Roslinda 3.75m pada SUKMA Pulau Pinang 2000.

Pingat perak acara itu menjadi milik atlet Kedah, Nurul Fitriyana Abdul Rani dengan ketinggian 3.50m, manakala Nor Sarah Adi dari Pahang gangsa 3.30m.

Puteri, 19, berkata, misinya selepas ini adalah mengejar ketinggian 4.00m supaya terpilih beraksi pada Sukan SEA Filipina tahun depan.

Pengalaman beraksi pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 cukup bermakna biarpun dia menamatkan saingan di kedudukan tercorot kerana mengalami kecederaan.

“Saya hanya mengikut perancanga­n jurulatih (Manshahar Abdul Jalil) dan Alhamdulil­lah ia menjadi. Memang saya sasar untuk emas pada temasya ini dan persediaan menghadapi SUKMA sudah dilakukan selepas Sukan SEA lagi.

“Catatan terbaik saya sebelum ini 3.70m dan saya sudah berjaya melakukan 3.80m. Saya akan cuba melepasi ketinggian 4.00m selepas ini,” katanya.

Selain Puteri, empat lagi rekod temasya berjaya dipecahkan dalam olahraga pada Sukan Malaysia yang berakhir esok.

Ia membabitka­n baling tukul besi lelaki menerusi Johnny Ling dari Sarawak, Azreen Nabila Alias (Terengganu, 100m wanita), Ilham Suhaimi (Selangor, 400m lelaki) dan Andre Anura@Anuar (Sabah, lompat kijang lelaki).

 ??  ?? NUR AFIQAH AKSI Puteri ketika melakukan lompatan emas.
NUR AFIQAH AKSI Puteri ketika melakukan lompatan emas.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia