Harian Metro

JUMLAH MAUT MENINGKAT 26 ORANG

„ Jumlah kematian di dua negeri, Kuala Lumpur terus meningkat

- Kalidevi Mogan Kumarappa, Fazrik Kamarudin dan Farah Suhaidah Othman cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur

Angka kematian akibat keracunan alkohol terus meningkat kepada 26 mangsa sehingga semalam sejak insiden itu dikesan pada 14 September lalu.

Selangor mencatatka­n jumlah tertinggi dengan 20 kematian direkodkan manakala Kuala Lumpur kekal empat mangsa.

Perak menjadi negeri terkini ‘dilanda’ keracunan alkohol apabila dua lelaki rakyat tempatan maut selepas dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), kelmarin.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, seramai 56 mangsa terbabit dalam kes itu sehingga jam 1 petang semalam.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 20 maut manakala 16 lagi masih menerima rawatan di hospital sekitar Selangor.

“Seramai 20 orang pula sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan.

“Daripada 20 yang maut, kita kenal pasti warga tempatan dua orang, Nepal (5), Myanmar (9), Bangladesh (2) dan seorang warga India manakala seorang lagi masih belum dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak A Sivanesan berkata, dua lelaki tempatan maut manakala tiga lagi masih menerima rawatan di HRPB akibat keracunan metanol. “Lima kes ini menjadikan Perak negeri ketiga dikesan berlaku (keracunan alkohol) selepas Wilayah Persekutua­n dan Selangor.

“Jabatan Kesihatan Perak menerima lima kes keracunan alkohol itu semalam (kelmarin) dengan kematian pertama membabitka­n lelaki berusia 50 tahun yang disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital itu pada Isnin lalu manakala seorang lagi mangsa berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia sehari kemudian di sebuah hospital swasta,” katanya.

Katanya, bagi tiga yang masih dirawat pula, dua daripada mangsa masing-masing berusia 41 dan 53 tahun dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB.

“Seorang lagi mangsa berusia 35 tahun yang dirawat di hospital sama dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika ditemui di HRPB, semalam.

Sivanesan berkata, semua mangsa dikesan mengalami beberapa gejala termasuk kabur penglihata­n, kekejangan kaki, loya dan muntah selepas dipercayai meminum minuman beralkohol yang disyaki dibeli di premis di sekitar kawasan Bercham.

“Kita jangkakan kes akibat keracunan alkohol di negeri ini akan meningkat dan orang ramai diminta mendapatka­n rawatan di hospital jika mengalami gejala disebutkan tadi,” katanya.

Sementara itu,

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya menerima 14 kes baru keracunan alkohol.

Katanya, kes itu membabitka­n tujuh dari Selangor, dua dari Kuala Lumpur dan lima dari Perak.

“Sehingga jam 12 tengah hari tadi (semalam) KKM (Kementeria­n Kesihatan Malaysia) sudah menerima keseluruha­n 69 notifikasi kes keracunan metanol daripada fasiliti kesihatan KKM.

“Dengan ini menjadikan jumlah keseluruha­n dari Selangor sebanyak 55 kes, sembilan kes dari Kuala Lumpur dan lima kes dari Perak,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, KKM sudah menerima keputusan positif ujian darah klinikal metanol ke atas lapan kes dari Selangor dan Kuala Lumpur manakala kes di Perak masih belum diperoleh.

“KKM melalui Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan meneruskan tindakan penguatkua­saan di seluruh negara.

“Sehingga hari ini (semalam), 68 premis menjual arak sudah diperiksa yang mana 647 botol minuman beralkohol pelbagai jenama termasuk jenama terbabit yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan PeraturanP­eraturan Makanan 1985 sudah disita.

“Di bawah Seksyen 13

Akta Makanan 1983 menetapkan mana-mana orang yang menyediaka­n atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan beracun, merosakkan atau memudaratk­an kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DUA anggota Majlis Pembadaran Shah Alam memasang pita dilarang masuk di hadapan premis yang menjual arak tiruan di kawasan Sungai Buloh.
DUA anggota Majlis Pembadaran Shah Alam memasang pita dilarang masuk di hadapan premis yang menjual arak tiruan di kawasan Sungai Buloh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia