Harian Metro

‘OTAI’ TERBANG

- Zatul Iffah Zolkiply cnews@nstp.com.my

Wanita jual tubuh RM1,000 satu malam di hotel mewah

Mengenakan bayaran sebanyak RM1,000 untuk satu malam selain menjadikan hotel mewah sebagai ‘port’ melacur menjadi antara taktik digunakan seorang wanita bagi mengelak aktivitiny­a dihidu pihak berkuasa.

Bagaimanap­un, kelicikann­ya menjalanka­n aktiviti tidak bermoral itu terbongkar selepas kegiatanny­a berjaya dikesan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Wanita berusia 40-an itu ditahan di sebuah hotel mewah di sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Menurut sumber, wanita terbabit digelar ‘otai’ dalam kalangan rakannya kerana menjadi antara individu paling lama dalam kegiatan pelacuran, selain licik mengatur pergerakan­nya bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Katanya, wanita itu dikatakan sering menjadikan hotel mewah sebagai tempatnya menjalanka­n kegiatan tidak bermoral kerana berasakan ia lebih selamat dan sukar dikesan pihak berkuasa.

“Siasatan juga mendapati wanita itu sanggup ‘terbang’ dari utara semata-mata mahu bertemu pelanggann­ya dengan mengenakan bayaran perkhidmat­annya sebanyak RM1,000 satu malam.

Menurutnya, wanita berkenaan mengaku sudah menawarkan perkhidmat­an sama di beberapa negeri lain di sebelah utara sebelum ke negeri ini.

Sementara itu, Pesuruhjay­a JHEAT Wan Ismail Sahaimi Wan Omar ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan itu dan wanita terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia