Harian Metro

BEKAS PEMAIN JADI PENYAMUN?

-

Spy Bola agak terkejut apabila menerima berita seorang bekas pemain sebuah pasukan di utara ditangkap polis kerana terbabit dengan kes samun bersenjata. Tertanya-tanya siapakah pemain itu?

Selepas menghubung­i seorang bekas pemain lain daripada pasukan itu, barulah Spy Bola tahu siapa orangnya. Memang Spy kenal benar dengan pemain itu kerana dia pernah mencipta nama beberapa tahun lalu.

Menurut bekas pemain yang Spy Bola hubungi, beliau tidak terkejut dengan berita itu kerana sejak masih aktif, pemain berkenaan sudah terkenal dengan pelbagai masalah yang akhirnya memusnahka­n kariernya sendiri.

“Dalam kalangan pemain pasukan kami, semua tahu pemain itu terbabit dengan perkara tidak elok tapi ketika itu pasukan masih memberinya peluang dengan harapan dia berubah.

“Saya sendiri pernah secara peribadi menasihati­nya supaya meninggalk­an tabiat buruk itu demi karier serta masa depannya. Malah, saya pernah berjumpa keluargany­a meminta

mereka menasihati pemain berkenaan.

“Saya lakukan itu kerana sayangkan kariernya. Dia seorang pemain yang bagus dan mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh tetapi akibat salah memilih kawan, dia terjerumus dengan kegiatan tidak bermoral.

“Saya juga kasihankan keluargany­a kerana mereka bukan orang senang dan memang bergantung kepadanya tapi apa nak buat dia sudah jauh hanyut sehingga jadi begini,” kata bekas pemain itu.

Ramai juga yang merisik dengan Spy Bola, hendak tahu siapakah pemain itu tapi biarlah rahsia kerana ia boleh mengaibkan dirinya.

Cuma, bayangan yang boleh Spy Bola berikan adalah bekas pemain yang kini berusia 32 tahun itu mula mencipta nama bersama skuad Piala Presiden sebuah negeri pada 2007.

Selepas kejayaan bersama skuad remaja itu, dia diserapkan ke pasukan utama pada tahun berikutnya. Tapi, ketika namanya kian memuncak, pemain itu mula buat perangai, kerap ponteng latihan dan hilang tanpa khabar berita. Akibatnya, kontraknya ditamatkan.

Selepas itu dia kerap berpindah-randah pasukan namun tidak kekal lama kerana turut membawa masalah yang sama. Akhirnya pada 2014, dia kembali ke pangkuan pasukan pertamanya.

“Ketika itu saya menjadi jurulatih pasukan berkenaan. Dia datang berjumpa saya dan meminta diberikan peluang. Tapi, saya lihat prestasiny­a sudah jauh menurun. Kariernya sudah musnah walaupun ketika itu dia baru berusia 28 tahun,” cerita bekas pemain yang Spy Bola hubungi.

Spy Bola: Pencuri hati.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia