Harian Metro

Adel cuba lagi kali ini

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Bakal tampil dengan lagu baru selepas 2 tahun menyepikan diri

Penyanyi berasal dari

Sabah ini pernah mencuri tumpuan ketika menjadi peserta Akademi Fantasia (AF) 2014.

Ketika itu, Adel diserap semula ke pentas akhir AF atas permintaan peminat selepas tersingkir pada minggu ketujuh.

Tamat program realiti itu, pemilik nama sebenar Adeline Joyce Masidah ini meneruskan karier seninya dengan mempertaru­hkan single sulung berjudul Hati yang diperkenal­kan ketika AF2014.

Setahun kemudian, penyanyi berusia 25 tahun ini tampil dengan single kedua, Beranilah namun rezeki tidak menyebelah­inya apabila lagu itu kurang memberi impak besar.

Pada tahun sama, Adel menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihan yang juga ahli perniagaan.

Sejak itu, namanya semakin kurang dipaparkan di arus media perdana. Ada juga tertanya-tanya mengenai khabar gadis keturunan Dusun ini berikutan terus sepi selepas mendirikan rumah tangga.

Ketika dihubungi barubaru ini, Adel menjelaska­n sebenarnya masih aktif menyanyi dengan memenuhi undangan majlis perkahwina­n dan acara di Sabah.

Namun, perasaan rindu terhadap industri muzik tetap hadir sepanjang dua tahun menyepikan diri. Oleh itu, dia bakal tampil dengan lagu baru sebagai tanda kembali semula.

“Buat masa ini, saya tidak boleh berkongsi apa-apa mengenai lagu baru itu kerana masih dalam perbincang­an dengan syarikat rakaman.

“Muzik sebati dengan diri sejak dulu, rugi kalau saya tidak terus cuba, mana tahu rezeki menyanyi kali ini ada,” katanya.

Menurut Adel, suaminya Muhammad Affan Jumahat sentiasa memberi sokongan terhadap karier seninya.

“Suami tidak pernah menghalang saya mengejar impian sebagai penyanyi. Malah, dia turut menyokong saya untuk kembali aktif menyanyi.

“Cuma selepas kahwin, saya perlu memberi fokus terhadap rumah tangga dan membantu suami menguruska­n perniagaan­nya.

“Sekarang, saya sudah mempunyai masa untuk memberi tumpuan terhadap nyanyian,” katanya.

Menurut Adel, selain menguruska­n perniagaan suami, dia turut membuka salun kecantikan yang diuruskan bersama adikberadi­knya.

“Sebelum menyertai AF saya bekerja sebagai pakar kecantikan dan sudah mempunyai pengalaman dalam bidang ini,” katanya.

Apabila mula kembali nyanyi nanti, Adel memberitah­u sudah merancang jadual dengan suaminya mengenai pengurusan karier seninya dan perniagaan.

“Kalau ada persembaha­n atau aktiviti membabitka­n karier, saya perlu kerap berulang- alik dari Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, Adel turut menyatakan hasrat ingin mencuba bidang seni lain seperti berlakon dan mengacara.

“Anak saudara, Syerinie Myra yang juga pelakon memberi inspirasi kepada saya untuk cuba bidang lakonan.

“Kalau rezeki mengacara dan berlakon datang, pastinya saya terima kerana mahu melebarkan bakat seni,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia