Harian Metro

TM naik taraf khidmat Streamyx kepada Unifi tanpa kos tambahan

-

Telekom Malaysia Bhd

(TM) komited untuk menangani isu yang dihadapi oleh pelanggan perkhidmat­an Streamyx dengan cara yang lebih komprehens­if apabila hampir separuh daripada pelanggan perkhidmat­an berkenaan telah dinaik taraf kepada Unifi tanpa kos tambahan.

Naib Presiden Eksekutif Unifi, Imri Mokhtar berkata, lebih daripada sejuta pelanggan kediaman dan perniagaan di seluruh negara hari ini adalah pelanggan jalur lebar menerusi rangkaian tembaga TM, sama ada di premis aras tanah dan bangunan tinggi.

Katanya, dengan meningkatn­ya permintaan terhadap gaya hidup yang lebih digital serta keperluan perniagaan, apa yang dulunya dikenali sebagai ‘Internet berkelajua­n tinggi’, mungkin tidak bersesuaia­n lagi.

“Kami mendengar lebih sejuta suara anda. Sebagai rakan dalam pembanguna­n negara, kami kekal komited untuk melabur dan membina rangkaian yang amat diperlukan bagi memberikan nilai kepada pelanggan, pemegang saham dan pihak-pihak berkepenti­ngan lain serta demi ekonomi digital negara,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n analitik pelanggan dan rangkaian, lebih 340,000 pelanggan berada di kawasan jalur lebar fiber, namun masih belum lagi menjadi sebahagian daripada 1.26 juta komuniti Unifi.

Justeru, TM kini memberi lebih penekanan dan fokus kepada pelanggan Streamyx dan pelanggan jalur lebar di bangunan tinggi yang menerima perkhidmat­an menerusi rangkaian tembaga miliknya atau milik pengurusan bangunan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia