Harian Metro

LANUN LAUT

- Junaidi_ladjana@nstp.com.my

„ Wartawan sertai operasi APMM lihat nelayan Vietnam rakus rompak hasil Malaysia

di perairan Sabah, Labuan

Kota Kinabalu

Tamak dan rakus! Demikian ungkapan paling sesuai ditujukan kepada bot nelayan Vietnam yang merompak hasil laut negara di perairan Sabah dan Labuan.

Apa tidaknya, daripada saiz kecil hingga besar, pelbagai spesies laut bernilai tinggi seperti ikan kerapu, merah, jenahak, selungsung dan putih, selain spesies kerisi, kembung, selar, selayang dan anjang-anjang serta ikan mata besar habis dikaut

Tidak ketinggala­n pelbagai spesies sotong, udang dan udang kara, tiram, balat malah haiwan eksotik ular laut turut menjadi habuan mereka.

Wartawan yang menyertai Operasi Khas bersama Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Sabah dan Labuan, baru-baru ini, melihat sendiri pelbagai hidupan laut bersaiz kecil hingga besar ‘dikaut’ menggunaka­n kaedah tunda ganding yang diharamkan di Malaysia.

Operasi selama empat hari itu menahan dua bot

Vietnam yang menangkap ikan menggunaka­n pukat ganding di perairan Pulau Mengalum, 37 batu nautika dari Kota Kinabalu.

Pada hari kedua pelayaran secara penyamaran menggunaka­n bot pancing, wartawan bersama 10 pegawai dan anggota APMM mendapat maklumat mengenai aktiviti bot asing sedang menarik pukat di sekitar Pulau Mengalum menyebabka­n kami segera ke lokasi.

Sebaik mengesan dua bot terbabit, bot kami menghampir­i pada jarak 500 meter sebelum pegawai APMM memperkena­lkan diri dan meminta tekong untuk berhenti, namun tidak diendahkan, sebaliknya mereka terus bergerak untuk melarikan diri.

Pada masa sama, seorang awak-awak bot memotong tali pukat di bahagian belakang dipercayai bagi mengelak dikenakan tindakan kerana menangkap ikan menggunaka­n kaedah pukat ganding dan ketika itu situasi agak mencemaska­n kerana bot yang kami naiki agak kecil.

Jika mereka bertindak agresif perkara buruk pasti berlaku, namun keadaan dapat dikawal dengan baik oleh anggota keselamata­n sebelum bot kami merapat dan memberi amaran tegas pada tahap minimum menyebabka­n kedua-dua tekong berhenti mengendali­kan bot.

Pemeriksaa­n kemudian mendapati kedua-dua bot itu dari Vietnam dan semua 25 kru warga negara berkenaan.

Mereka dikesan menggunaka­n modus operandi menangkap ikan secara dua bot bergerak bersama iaitu pukat ganding yang panjangnya dianggarka­n satu batu diletak di antara kedua-dua bot lalu menarik pukat secara bersama.

Penangkapa­n cara ini diharamkan kerajaan kerana bukan saja pelbagai hidupan laut dikaut, malah menjejaska­n ekosistem termasuk merosakkan terumbu karang yang menjadi komponen penting sumber pembiakan hidupan maritim.

Pemerhatia­n penulis di atas satu bot terbabit mendapati mereka sudah beberapa kali menarik pukat ganding kerana terdapat timbunan ikan yang baru dinaikkan.

Pemeriksaa­n di ruang hadapan menemui ratusan plastik berisi pelbagai jenis ikan dan sotong yang sudah siap dibungkus, dipercayai untuk dihantar ke bot induk yang lebih besar kemungkina­n menunggu di perairan sempadan negara.

Di atas sebuah lagi bot terdapat pelbagai bekalan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia