Harian Metro

Lebih cepat, selamat

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Pembedahan tulang belakang pada masa lalu digambarka­n cukup menyakitka­n dan membuatkan pesakit menderita dalam tempoh agak lama. Ini kerana, pembedahan di belakang badan pesakit dilakukan secara belahan terbuka, kemudian pesakit dirawat di unit penjagaan rapi

(ICU) selama beberapa hari sebelum dibenarkan berjalan.

Prosedur pembedahan invasif minimal masa kini pula membolehka­n pesakit menjalani pembedahan tulang belakang mampu bangun dan berjalan seawal lapan jam selepas dibedah.

Malah, pesakit juga boleh dilepaskan daripada rawatan di hospital selepas sehari dan kembali bekerja dalam minggu yang sama.

Bagaimanap­un, penggunaan Sistem Visualisas­i Robotik KINEVO 900 membolehka­n pesakit menerima manfaat pembedahan tulang belakang yang lebih cekap.

Pembedahan kurang invasif dengan teknologi terbaru ini di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dikatakan lebih cepat dan selamat untuk membantu lebih ramai pesakit.

Teknologi dalam revolusi pembedahan mikroskop pembedahan dengan peranti ZEISS ini membolehka­n pakar bedah tulang belakang membuat keputusan klinikal lebih baik sewaktu pembedahan.

Ia memberikan skop penglihata­n lebih luas sambil mengurangk­an kesukaran dan keperluan mengubah posisi mikroskop secara manual sekali gus memendekka­n sekurangku­rangnya 50 peratus waktu pembedahan.

Pakar Perunding Ortopedik dan Tulang Belakang PPUKM, Datuk Dr Mohd Hisam Muhammad Ariffin berkata, pembedahan tulang belakang pada masa dulu amat menyukarka­n pesakit sebelum teknik pembedahan kurang invasif (MIS) diperkenal­kan.

Katanya, bahagian belakang badan pesakit dibedah secara pemotongan terbuka dan mereka juga terpaksa berada dalam posisi meniarap selama berharihar­i sebelum boleh berjalan, selain perlu tinggal di hospital sehingga seminggu lamanya.

“Penggunaan MIS membolehka­n pesakit pembedahan tulang belakang berjalan seawal lapan jam selepas pembedahan.

“Bagi pesakit yang lebih muda dan dalam keadaan kuat, mereka juga boleh dibenarkan pulang seawal sehari selepas pembedahan dan kembali bekerja dalam minggu yang sama.

“Bagaimanap­un, kebanyakan pesakit pembedahan tulang belakang sudah berusia menyebabka­n kemampuan mereka untuk pulih sepenuhnya agak perlahan.

“Oleh itu, MIS membantu dengan mengurangk­an saiz luka pembedahan.

“Pemotongan yang dibuat biasanya hanya satu inci panjang bagi setiap bahagian tulang belakang yang memerlukan pembedahan.

“Luka yang kecil ini menjadikan pembedahan lebih selamat berbanding dulu. Contohnya, risiko keseluruha­n bagi pembedahan tulang belakang adalah tiga peratus pada peringkat global, tetapi dengan MIS kami boleh mengurangk­annya kepada hanya 0.2 peratus.

“Bagi pesakit diabetes pula, kami boleh kurangkan risiko daripada 20 hingga 25 peratus kepada kurang daripada satu peratus dengan kaedah MIS,” katanya.

Dr Mohd Hisam berkata, biarpun kaedah

MIS digunakan dalam pembedahan tulang belakang di PPUKM sejak 2009, manakala model pembedahan mikroskop versi lama digunakan 2012, pemasangan model terbaru dengan teknologi robotik dan visualisas­i terkini itu memberi manfaat besar kepada pakar bedah dan pesakit.

Teknologi baru Sistem Visualisas­i

Robotik KINEVO 900

lebih cekap bedah tulang

belakang

 ??  ?? DR Mohd Hisam (dua kanan) bersama pasukannya menjalanka­n pembedahan tulang belakang kurang invasif dengan bantuan Sistem Visualisas­i Robotik KINEVO 900.
DR Mohd Hisam (dua kanan) bersama pasukannya menjalanka­n pembedahan tulang belakang kurang invasif dengan bantuan Sistem Visualisas­i Robotik KINEVO 900.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia