Harian Metro

Tuah lewat 30 minit

„ Bentong raih RM30,000 dapat ikan pari seberat 2.08 kilogram

- Hassan Omar cnews@nstp.com.my

Jika sudah namanya rezeki mendaftar lewat sekalipun masih berpeluang memenangi dan membawa pulang hadiah lumayan.

Begitulah tuah buat kaki pancing, Zulkifli Mamat, 47, apabila berjaya menewaskan lebih 900 peserta lain untuk memenangi Cabaran Raja Pantai Telok Gong di Pantai Telok Gong, Masjid Tanah, semalam.

Biarpun lewat 30 minit mendaftar sebagai peserta sebelum membayar yuran RM100, ia bukan penghalang baginya menaikkan pari seberat 2.08 kilogram (kg), sekali gus memenangi pertanding­an dan menerima hadiah wang tunai RM30,000.

“Saya hanya sempat daftar jam 8.30 pagi walaupun pertanding­an bermula jam 8 pagi. Bagaimanap­un, saya berjaya menaikkan pari, 15 minit sebelum masa pertanding­an tamat pada jam 1 tengah hari.

“Alhamdulil­lah, inilah yang dinamakan rezeki oleh Allah SWT. Lewat sekalipun, kalau sudah ditentukan rezeki buat kita, tidak akan ke mana,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaia­n hadiah di pantai itu, semalam.

Hadiah disampaika­n Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Alor Gajah (MPAG), Zamzuri Ariffin.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superinten­dan A Asmadi Abdul Aziz dan penganjur pertanding­an, Leftenan Kolonel (B) Ramli Sukardi.

Berkongsi petua, Zulkifli atau lebih dikenali dalam kalangan kaki pancing sebagai Bentong berkata, dia menggunaka­n udang hidup dan tidak sangka mata kailnya direntap ikan pari jam 12.35 tengah hari.

 ??  ??
 ??  ?? ZULKIFLI gembira menerima hadiah utama RM30,000 pada Cabaran Raja Pantai Telok Gong, Masjid Tanah.
ZULKIFLI gembira menerima hadiah utama RM30,000 pada Cabaran Raja Pantai Telok Gong, Masjid Tanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia