Harian Metro

BERTEMU CARI PENYELESAI­AN

- Faris Fuad dan Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

„ Keluarga setuju jumpa tiga pihak berwajib tangani isu

Kuala Lumpur

Keluarga kepada pelajar yang menjadi mangsa gangguan seksual pengetua tahfiz di Kepong menyatakan persetujua­n untuk bertemu dengan tiga pihak berwajib bagi menyelesai­kan isu itu.

Aktivis sosial, Syed Azmi Al Hasbsi, berkata, tiga pihak itu adalah Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementeria­n Pendidikan dan pejabat mufti.

Katanya, beliau yang mewakili keluarga terbabit akan mendapatka­n pandangan dan langkah penambahba­ikan berhubung isu berbangkit.

“Kami sudah menulis laporan terperinci untuk diberikan kepada tiga pihak berkenaan.

“Pertemuan itu antara lain ingin mencari penyelesai­an kerana ada kelemahan dalam institusi tahfiz yang perlu dibetulkan.

“Punca dan kesan (kes liwat dan gangguan seksual) perlu diketahui bagi memastikan ia tidak lagi berulang lagi,” katanya di Masjid Al Mukarammah di Bandar Sri Damansara, di sini, semalam.

Terdahulu, kerajaan dilaporkan tidak akan teragak-agak menutup terus sekolah tahfiz sekiranya pengetua atau pemilik didapati bersalah melakukan gangguan seksual terhadap pelajar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata tindakan tegas perlu diambil kerana perbuatan keji itu bukan sahaja mencemarka­n institusi tahfiz dan menyebabka­n masyarakat hilang kepercayaa­n terhadap institusi itu, tetapi memburukka­n imej Islam.

Mengulas mengenai saranan Mujahid, Syed Azmi berkata, tidak adil jika menutup pusat tahfiz akibat kesalahan seorang pelaku.

“Pelajar, guru dan pusat tahfiz berkenaan tidak seharusnya dihukum dengan cara menutup tahfiz memandangk­an kesalahan itu berpunca seorang pelaku sahaja.

“Kena adil dalam hal ini, kalau sudah dipertimba­ngkan segala sudut dan mempunyai keperluan untuk tutup pusat tahfiz, baru kita boleh bertindak sedemikian,” katanya.

Semalam, Harian Metro mendedahka­n seorang pengetua pusat tahfiz diberkas polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual dan liwat terhadap sembilan pelajarnya.

Suspek kemudian diberkas polis dan sudah didakwa dengan 11 pertuduhan di Mahkamah Seksyen Putrajaya, Rabu lalu.

Suspek bagaimanap­un dibebaskan dengan jaminan mahkamah dan akan dibicaraka­n Oktober hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia