Harian Metro

Tutup tahfiz langgar undang-undang

-

Seremban: Kerajaan akan menutup pusat tahfiz sekiranya pengetua atau pemilik didapati melakukan gangguan seksual terhadap pelajar mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan tegas perlu diambil kerana perbuatan seperti meliwat atau mencabul bukan sahaja mencemarka­n nama baik institusi tahfiz, tetapi juga agama Islam.

“Jangan kita menggunaka­n nama baik institusi tahfiz untuk melakukan perkara yang dilarang agama.

“Perbuatan keji itu bukan sahaja memburukka­n imej agama, tetapi orang akan hilang kepercayaa­n terhadap institusi berkenaan.

“Individu terbabit perlu diambil tindakan dan sekolahnya juga perlu diberi amaran. Kalau pengetua, kita terpaksa arah tutup kerana memalukan dan memberi kesan negatif,” katanya pada sidang media selepas Seminar Fiqh Kewarganeg­araan (Fiqh Muwatanah) Dalam Naratif Malaysia Baharu di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pemilik pusat tahfiz di Kepong, Kuala Lumpur yang ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual selain meliwat sembilan pelajar berusia belasan tahun sejak beberapa bulan lalu.

Suspek berusia

30-an sudah didakwa dengan 11 pertuduhan mengikut Seksyen

14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 di Mahkamah Sesyen Putrajaya, pada Rabu lalu.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, beliau akan meneliti laporan kes itu dan jika suspek didapati bersalah terhadap tuduhan, maka pihaknya akan menutup pusat tahfiz berkenaan.

Malah katanya, suspek juga mungkin akan dihalang untuk meneruskan pengajaran dan kembali ke pusat itu sekiranya dibenarkan jamin oleh mahkamah sehingga kesnya selesai.

Sementara itu, Mujahid turut menasihati ibu bapa supaya menyemak atau memilih pusat tahfiz diiktiraf dan berdaftar supaya keselamata­n serta masa depan anak mereka lebih terjamin.

Pada majlis itu, Mujahid turut menyampaik­an ucaptama mengenai Fiqh Muwatanah kepada kira-kira 300 peserta seminar yang terdiri daripada ahli Angkatan

Belia Islam Malaysia

(ABIM). Kuala Lumpur: Bukan satu sebaliknya sebanyak 11 pertuduhan dikenakan terhadap pengetua sebuah pusat tahfiz berhubung kes liwat sembilan pelajar di sebuah pusat tahfiz di Kepong, di sini, pada 13 September lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Yaacob mengesahka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan berhubung kes liwat sembilan mangsa terbabit.

Menurutnya, laporan polis dibuat oleh guru di pusat tahfiz berkenaan yang tampil bersama semua mangsa berhubung kejadian itu.

“Sembilan pelajar pusat tahfiz itu berusia 11 hingga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia