Harian Metro

Bimbang kes dera murid meruncing

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bimbang berkaitan kes penderaan kanak-kanak di sekolah tahfiz apabila kes paling terkini membabitka­n penderaan seksual yang didakwa dilakukan terhadap sembilan pelajar oleh pengetua sekolah berkenaan.

Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail berkata, tiga minggu lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sekolah tahfiz di Kuantan didera secara fizikal oleh gurunya yang mengancam untuk memotong alat kelaminnya.

“Pada Julai tahun ini, seorang lagi guru sekolah tahfiz ditangkap kerana didakwa melakukan penderaan seksual kanak-kanak.

“Kerajaan sudah tidak boleh menganggap insiden ini sebagai kes terpencil dan sekolah tidak boleh lagi dibiarkan tanpa pemantauan dengan menggunaka­n alasan status persendiri­an atau bebas.

“SUHAKAM sepenuhnya menerima dan menyokong pendidikan tahfiz. Kami percaya dengan adanya pelbagai sekolah di negara ini dapat mencermink­an kepelbagai­an rakyat Malaysia di samping memberikan pilihan kepada ibu bapa,” katanya dalam satu kenyataan kepada NSTP, semalam.

Bagaimanap­un, peningkata­n sekolah tahfiz yang tidak dipantau menjadi kebimbanga­n besar kerana kebanyakan­nya beroperasi tanpa mematuhi standard keselamata­n dan kesihatan atau mempunyai dasar memeriksa kakitangan atau guru yang akan berurusan dengan kanak-kanak bagi menilai sama ada mereka berpotensi mendatangk­an ancaman fizikal atau seksual kepada kanak-kanak berkenaan

“Difahamkan, tiada sebarang peraturan atau polisi bagi perkara berkenaan dari Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Komuniti atau dari Kementeria­n Pendidikan

“SUHAKAM bimbang situasi kanak-kanak di negara yang semakin menjadi mangsa keganasan serta penderaan, dan percaya bahawa sistem perlindung­an kanak-kanak sedia ada gagal,” katanya.

Katanya, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga dilihat gagal dalam tugasnya untuk menjaga keselamata­n kanak-kanak dan Kementeria­n Pendidikan tidak mengambil apa-apa langkah bersama kementeria­n yang bertanggun­gjawab terhadap kanak-kanak untuk memastikan keselamata­n anak-anak, terutama di sekolah tahfiz.

“Kedua-dua kementeria­n dan kerajaan baharu tidak memenuhi piawaian yang boleh diterima untuk menjaga kanak-kanak dan nampaknya tidak dipelajari betul dari apa yang salah untuk memperbaik­i perkara-perkara di masa depan.

“SUHAKAM menasihatk­an bahawa struktur perlindung­an kanak-kanak yang diwariskan kerajaan baharu daripada kerajaan terdahulu tidak boleh menjadi alasan untuk tidak melakukan tindakan yang berterusan,” katanya.

Memandangk­an peningkata­n insiden pelbagai bentuk penderaan kanak-kanak dan tiada berkesudah­an, kegagalan Kementeria­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menangani masalah itu, SUHAKAM berpendapa­t bahawa perlu ada kementeria­n berasingan untuk kanak-kanak memandangk­an wanita dan kanak-kanak mempunyai perbezaan keperluan dan isu, yang memerlukan kepimpinan yang efektif dengan kepakaran teknikal pada emosi dan perlindung­an hak asasi kanak-kanak.

Memandangk­an Kementeria­n Pendidikan dalam proses untuk memperbaha­rui sistem pendidikan di negara ini, SUHAKAM menggesa kementeria­n untuk memberi perhatian kepada sekolah tahfiz dan mencadangk­an sekolah berkenaan tertakluk kepada pendaftara­n wajib dengan kementeria­n bagi mendapat lesen operasi.

 ?? Dr Mujahid Yusof Rawa
Razali Ismail ?? DR Mujahid Perbuatan keji itu bukan sahaja memburukka­n imej agama tetapi orang akan hilang kepercayaa­n terhadap institusi berkenaan” SUHAKAM bimbang situasi kanak-kanak di negara yang semakin menjadi mangsa keganasan serta
penderaan”
Dr Mujahid Yusof Rawa Razali Ismail DR Mujahid Perbuatan keji itu bukan sahaja memburukka­n imej agama tetapi orang akan hilang kepercayaa­n terhadap institusi berkenaan” SUHAKAM bimbang situasi kanak-kanak di negara yang semakin menjadi mangsa keganasan serta penderaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia