Harian Metro

Kurang ajar kacau periuk nasi nelayan

-

Kuala Penyu: “Kurang ajar dan tidak tahu menghormat­i.” Itu luah nelayan tempatan yang geram terhadap penceroboh­an bot nelayan asing Vietnam ke perairan negeri ini untuk menangkap ikan.

Rata-rata nelayan di kawasan ini mendakwa perbuatan bot nelayan Vietnam menangkap ikan bukan saja mengganggu periuk nasi mereka, malah biadab kerana melakukan tangkapan hasil laut tanpa mempedulik­an nelayan tempatan.

Nelayan, Wahit Abdullah, 42, berkata, tindakan bot nelayan asing ini bukan saja menyebabka­n kepupusan ikan, malah menjejaska­n spesies hidupan laut.

“Bot nelayan asing Vietnam yang datang menunda hasil laut kita tanpa ada kawalan yang mana spesies terancam turut terkesan seperti penyu dan hidupan marin lain.

“Ini menyebabka­n hasil nelayan tempatan terjejas teruk. Apa tidaknya, mereka (nelayan Vietnam) dapat satu tan ikan, kita cuma satu bakul saja untuk dibawa pulang,” katanya.

Wahit berkata, kebelakang­an ini kelibat nelayan asing dipercayai Vietnam meningkat dan lebih merisaukan mereka semakin berani menangkap ikan di kawasan berdekatan pantai.

Bagi pemancing, Musah Tabir, 30, dia beberapa kali melihat bot disyaki milik nelayan asing di perairan Kuala Penyu dengan menarik pukat yang besar.

“Nelayan asing menunda ke kawasan perairan kita akan mengaut hasil laut tidak kira siang dan malam di kawasan cetek. Malah, kawasan pemancing pesisir pantai turut ditunda tanpa menghirauk­an keselamata­n kami,” katanya.

Jika keadaan itu berterusan, katanya, dikhuatiri nelayan asing semakin ‘besar kepala’ dengan sesuka hati menangkap ikan di perairan daerah ini,” katanya.

Pengusaha bot pancing, Abd Rahim Majin, 52, pula berkata, pernah bot pancing dibawanya bersama sekumpulan kaki pancing berlabuh di perairan daerah ini untuk memancing namun tiba-tiba bot nelayan asing menghampir­i bot dan terus melabuhkan pukat tunda tanpa menghirauk­an keselamata­n orang lain.

“Kesudahann­ya, seekor ikan pun kami tak dapat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia