Harian Metro

Kilang lumpuh

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

„ Pekerja warga asing diupah tanpa dokumen sah ditahan

Operasi sebuah kilang makanan lumpuh sepenuhnya apabila hampir keseluruha­n pendatang asing tanpa izin (PATI) yang digaji pemilik premis diberkas imigresen.

Dalam operasi jam 6 petang kelmarin, beratus PATI tidak sempat melarikan diri apabila kilang itu diserbu 71 anggota Unit Operasi Khas, Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa serta Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, seramai 338 pendatang asing yang bekerja secara haram di sebuah kawasan kilang di sini, ditahan.

Katanya, dalam operasi itu, 2,230 individu termasuk warga tempatan diperiksa dan JIM menahan 338 warga asing membabitka­n Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan Nepal.

“Pemeriksaa­n ke atas tiga blok kilang yang melakukan operasi pembuatan, pembungkus­an dan logistik di mana setiap satu mempunyai antara 400 hingga 500 pekerja.

“Hasil pemeriksaa­n, JIM menahan 172 wanita Indonesia dan tiga wanita Myanmar, 55 lelaki Bangladesh, 47 lelaki Nepal, 36 lelaki Indonesia serta 25 lelaki Myanmar yang tidak mempunyai dokumen sah,” katanya.

Mustafar berkata, kebanyakan yang ditahan didapati menggunaka­n Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang dimiliki syarikat lain serta melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, beberapa syarikat lain juga dikesan melanggar undang-undang dengan mengambil jalan mudah mengupah pekerja yang sepatutnya bekerja untuk syarikat lain.

“Menerusi permit PLKS yang dikeluarka­n, seseorang itu hanya boleh bekerja di alamat, kawasan serta tempat yang tertera dalam permit itu.

“Dalam operasi ini, kebanyakan mereka tidak mengikuti peraturan berkenaan dan ditahan kerana melanggar syarat pas,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, antara kesalahan lain dilakukan ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan pelanggara­n syarat pas yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, semua tahanan ditempatka­n di Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? ANTARA warga asing yang diperiksa imigresen dalam Op Bersepadu di Cyberjaya.
ANTARA warga asing yang diperiksa imigresen dalam Op Bersepadu di Cyberjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia