Harian Metro

Anda perlu

-

Salam Maal Hijrah. Alhamdulil­lah bertemu lagi kita di tahun baru 1440 Hijarah. Awal Muharam atau Maal Hijrah adalah hari penting bagi setiap umat Islam. Walaupun Muharam sudah berlalu lebih dua minggu, namun belum terlambat bagi kita menilai semula pengertian Tahun Baru Hijrah.

1 Muharam menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperinga­ti penghijrah­an Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada 622 Masihi. Namun, tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan kalendar

Hijrah.

Hijrah bermaksud perpindaha­n. Pelbagai aspek perpindaha­n dapat dikaitkan dalam kehidupan kita. Perpindaha­n dari satu tempat ke satu tempat mahupun perpindaha­n rohani daripada keburukan kepada kebaikan.

Ingin saya kaitkan Hijrah pada kali ini sebagai perpindaha­n dari satu tempat ke satu tempat lain. Seperti kami yang berpindah dari Malaysia ke Mesir. Ia menjadi penghijrah­an paling bermakna dalam hidup kami.

Memandangk­an ramai pelajar baru akan berhijrah di bumi anbia’ ini. Suka saya kongsikan serba sedikit maklumat penghijrah­an yang perlu dilalui apabila kita berada di bumi Mesir ini.

Berada di Mesir adalah satu pengalaman berbeza dibandingk­an dengan tanah air sendiri. Pada kebanyakan orang pelbagai tanggapan dan persepsi sering bermain di fikiran sebelum tiba di Mesir. Sebaik saja kaki melangkah tiba di lapangan terbang Kaherah, minda dan perasaan bercampur baur dek perbezaan suasana yang begitu ketara. Memori pertama kali tiba di Mesir sering diputar kembali setiap kali pelajar baru datang ke bumi ini.

Tinggal di Mesir bukan sekadar pergi dan pulang ke kuliah. Hidup kita sebagai mahasiswa perlu ada nilai tambah untuk menjadikan kita seorang luar biasa. Kehidupan jauh daripada keluarga seringkali menjadikan kita berasa bebas melakukan apa saja. Lebih-lebih lagi jiwa muda selepas menamatkan persekolah­an masih membara. Jiwa yang ingin mencari identiti diri, ingin mencuba pelbagai perkara baru dan ingin menyelongk­ar makna kehidupan di dunia ini.

Perangai rakyat Arab di sini sangatlah berlainan dengan rakyat Malaysia. Ingin saya tegaskan satu perkara wajib untuk hidup di Mesir adalah anda perlu sabar. Ya, sabar atas segala perkara berlaku di hadapan anda. Bunyi hon berulang kali anda kena sabar. Berurusan dengan pak cik teksi anda perlu sabar. Contohnya, jika anda menguruska­n visa apabila mereka mengatakan tarikh tertentu untuk mengambil pasport anda semula, percayalah bahawa tarikh itu tidak boleh dipercayai bulat-bulat.

Akan ada masa mereka suruh anda untuk kembali pada ‘bukra’ (esok hari) mahupun minggu hadapan. Segala urusan dengan Arab pasti tidak berpisah dengan ‘bukra’, tidak kira di universiti, hospital mahupun tukang jahit. Oleh itu, segala urusan dengan orang Arab anda perlu bersabar.

Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Tidak semua orang Arab tidak baik, malahan ramai saja yang sentiasa sedia untuk membantu. Mungkin budaya mereka yang menjadikan mereka agak kasar.

Kehidupan di Mesir bukan seperti di Eropah, yang bersih dan aman. Namun bumi ini jugalah yang penuh dengan keajaiban dunia dan sirah nabi untuk dijadikan teladan.

Namun usah risau, usah bimbang. Kehidupan di Mesir masih penuh warna-warni dengan a’sir (jus buah) yang pelbagai, suasana Ramadan yang pasti menyentuh jiwa dan jejak sirah serta sejarah zaman Mesir Purba banyak untuk diterokai.

Timbalah ilmu di Ardul Kinanah ini. Pelbagai ilmu boleh dicari dan dikutip apabila berada di Mesir. Selain ilmu pengajian, ilmu agama dan al-Quran juga boleh dicari. Gunakanlah masa sebaiknya.

Akhir kata, ingatlah pengorbana­n ibu bapa kita yang menghantar kita jauh demi menuntut ilmu dan mencapai cita-cita. Ingatlah untuk sentiasa menjaga nama baik dan maruah diri, keluarga dan negara apabila di tempat orang. Segala masalah mahupun soalan janganlah ragu-ragu mahupun malu-malu untuk bertanyaka­n kepada senior. Anggaplah mereka seperti keluarga kita sendiri. Semoga

Allah permudahka­n penghijrah­an kita semua tidak kira apa jenis hijrah sekalipun. Salam Maal Hijrah 1440 Hijrah.

Penulis Pelajar

Universiti Alexandria, Mesir

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia