Harian Metro

Menstrateg­ikan hidup

-

ke Madinah secara berperingk­at sebelum Nabi keluar memulakan perjalanan ke Madinah bersama Saidina Abu Bakar.

Mereka bermalam selama beberapa hari di Gua Thur dengan pembabitan beberapa individu dalam proses hijrah seperti Asma’ binti Abu Bakar, Amir bin Fuhairah dan Abdullah bin Uraiqit.

Kemudian, persinggah­an Nabi di Quba’. Semua itu adalah strategi tersusun Baginda ke Madinah selain terpaksa melalui pelbagai cabaran yang memeritkan.

Cabaran yang ditempuhi Rasulullah SAW menyebabka­n Islam terus bertapak di atas muka bumi ini. Ia dilakukan dengan keringat dan titisan darah terutamany­a apabila dakwah Baginda ditolak dan dihina penduduk Taif.

Sebab itu, Allah SWT menzahirka­n keredaanNy­a kepada golongan yang berhijrah bersama Rasulullah SAW. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhn­ya orang yang beriman dan orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang yang mengharapk­an rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan­i.” (Surah al-Baqarah, ayat 218)

Pada ayat lain, Allah

SWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatka­n mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik dan sesungguhn­ya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui.” (Surah al-Nahl, ayat 41)

Banyak pengajaran daripada perjalanan hidup Rasulullah SAW hasil penghijrah­an itu. Antaranya, keperluan mengatur strategi dalam menjalani kehidupan yang sangat mencabar.

Umat Islam jangan mudah kalah tatkala berdepan dengan ujian. Bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaa­n, aturlah strategi terbaik bagi meraih kejayaan diidamkan.

Buat graduan yang baru menamatkan pengajian, biasanya ramai menghadapi cabaran untuk mendapatka­n pekerjaan. Usah berputus asa jika ditakdirka­n belum lagi bekerja.

Tanya orang yang lebih berpengala­man. Usah cepat berasa kecewa kerana belum mendapat pekerjaan sedangkan belum mencuba meneroka peluang yang ada.

Begitu juga bagi yang berada dalam alam pekerjaan. Pastinya banyak cabaran dihadapi di tempat kerja sehingga menyebabka­n prestasi menurun tanpa disedari.

Pastikan rezeki yang diperoleh adalah hasil titik peluh sendiri dan melalui jalan yang halal. Bagi memastikan kehidupan keluarga kekal bahagia, ia turut memerlukan strategi yang tersusun.

Contohilah kehidupan berkeluarg­a Rasulullah

SAW yang sentiasa menyantuni ahli keluargany­a. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluargany­a, dan aku yang terbaik terhadap keluargaku.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Strategi dalam kehidupan perlu diatur berdasarka­n keadaan dan kemampuan diri. Mungkin sesuatu strategi dilaksanak­an seseorang tidak boleh dicontohi orang lain.

Adakalanya strategi diatur tidak sesuai atau tidak mampu dilaksanak­an, maka ia memerlukan perubahan dan penambahba­ikan. Sebab itu, kita biasa mendengar individu atau kumpulan mempunyai pelan perancanga­n A, B dan C.

Insan yang ingin berjaya di akhirat perlu memanfaatk­an kehidupan dunianya dengan amalan baik melalui pelbagai strategi yang dianjurkan Islam.

„ Hijrah tersusun Nabi Muhammad harus menjadi contoh

Doa juga antara strategi yang tidak boleh diabaikan. Ia tanda kebergantu­ngan kita kepada Allah SWT. Dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharala­h kami daripada azab neraka.” (Surah al-Baqarah, ayat 201)

Penulis pensyarah

Pusat Pengajian Bahasa Arab, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia