Harian Metro

Moga mati dalam khusnul khatimah

-

ayat 34)

Kematian mengejut antara tanda-tanda hampirnya berlaku kiamat. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhn­ya di antara tanda-tanda hari kiamat adalah…munculnya kematian mengejut.” (Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir 1132)

Daripada Aisyah, beliau berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan kematian mengejut. Lalu Baginda bersabda maksudnya: “(Mati mengejut) adalah suatu kesenangan bagi seorang Mukmin dan penyesalan bagi orang derhaka.” (Riwayat Imam Ahmad - 25556)

Turut disebut di dalam kitab sebahagian daripada ulama salaf tidak menyukai kematian yang datang secara mengejut. Hal itu kerana dibimbangi kematian mengejut tidak memberi kesempatan bagi seseorang untuk meninggalk­an wasiat dan juga mempersiap­kan diri untuk bertaubat serta melakukan amal soleh.

Perkara itu dinukilkan Imam Ahmad dan sebahagian daripada ulama mazhab Syafi’i. Imam al-Nawawi menyatakan, beberapa orang daripada kalangan sahabat Nabi SAW dan juga orang soleh meninggal secara mengejut.

Imam al-Nawawi berkata: “Kematian mengejut itu disukai oleh para muqarrabin (mereka yang sentiasa menjaga amal kebaikan kerana berasa diawasi oleh Allah).”

(Fath al-Bari - 3/245)

Al-Hafiz Ibnu Hajar kemudian berkata, “Dengan yang demikian, maka kedua-dua pandangan di atas dapat disatukan.” (Fath al-Bari - 3/255)

Disebut bahawa Luqmanul Hakim pernah memberikan nasihat peringatan kepada anaknya mengenai kematian mengejut. Daripada Uthman bin Zaidah, beliau berkata yang bermaksud: Luqmanul Hakim pernah menasihati anaknya dengan berkata: “Wahai anakku! Janganlah kamu menunda taubat, sesungguhn­ya kematian akan datang secara tibatiba…” (Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab alIman - 6802)

Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah SWT supaya mengurniak­an kepada kita kematian dalam khusnul khatimah sebagaiman­a yang selalu didoakan oleh salafus soleh: “Ya Allah sudahilah bagi kami dengan sebaikbaik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan ke atas kami dengan seburuk-buruk kesudahan.”

Sumber: Al-Kafi Li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

 ??  ?? KEMATIAN adalah janji yang pasti kepada semua yang bernyawa.
KEMATIAN adalah janji yang pasti kepada semua yang bernyawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia