Harian Metro

Saleem ‘ditidurkan’ ‘Itu biadab namanya’

- Suraya Roslan dan Mahaizura Abd Malik cnews@nstp.com.my

“Semalam, dia boleh senyum ketika tersedar,” kata anak tiri penyanyi Saleem, Khairul Nizam, 35.

Menurut Khairul Nizam, bapanya kini dalam keadaan stabil, tetapi direhatkan dan hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat.

“Bapa saya ‘ditidurkan’ untuk pastikan dia dapat rehat. Kami sekeluarga juga mengehadka­n waktu lawatan.

“Kalau ada pelawat, mereka hanya boleh lihat dari luar bilik kerana doktor tidak benarkan mendekati bapa saya,” katanya.

Khairul Nizam menerusi akaun Instagramn­ya turut menzahirka­n ucapan terima kasih kepada Konsortium Industri Muzik Malaysia (Irama) yang membuat laporan polis terhadap blogger dan satu akaun Facebook yang menulis berita palsu mengenai kematian bapanya.

“Saya selar tindakan tidak bertanggun­gjawab pihak terbabit yang membuka ruang kepada orang lain bercakap mengenai perkara yang tidak benar mengenai bapa saya.

“Dengan keadaan bapa ketika ini, apa yang berlaku itu tidak adil kerana dia tidak dapat mempertaha­nkan diri,” tulisnya.

“Ambil duit (dana) tapi tak buat (filem), itu biadab namanya, duit itu (sepatutnya) bagi kepada mereka yang memerlukan untuk buat filem,” kata pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima.

Menurutnya, isu pengurusan dana tidak pernah selesai sejak dulu lagi lebih-lebih lagi membabitka­n Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

“Sebenarnya apa saja bersangkut paut dengan duit lebih-lebih lagi percuma bagi pada siapa pun akan jadi salah kepada orang tak dapat.

“Saya cadangkan biar panel dalam FINAS tiada kepentinga­n dalam industri, biar orang seni yang faham seni tapi tiada kepentinga­n peribadi.

“Selain itu, kalau ada dana, sebaik-baiknya 40 peratus daripadany­a diperuntuk­kan khas untuk pengarah dan produser yang mampu buat filem yang baik untuk dijual di luar negara,” katanya.

Menurutnya, apabila filem berkenaan berjaya di luar negara, ia sekali gus mengharumk­an nama Malaysia di pentas dunia.

“Kadang-kadang ada filem tak layak pun dibawa ke festival sesuka hati ke luar negara. Sampai masanya kita harus memikirkan untuk menembusi pasaran antarabang­sa,” katanya.

Ditanya mengenai kelemahan FINAS hingga berlaku ketirisan dana, Erma mengakui masalah itu berpunca daripada kesilapan pentadbira­n agensi terbabit dan tiada kena mengena dengan orang seni.

“FINAS kena tengok latar belakang (ambil dana), jangan hanya susahkan orang yang nak ambil dana macam nak beli kapal terbang.

“Bukan cara mohon dana itu harus diketatkan, tapi siapa yang mohon dana perlu diketahui. Mereka perlu fokus kepada siapa layak dapat, bukan individu yang gelar diri pengarah dan produser semata-mata,” katanya.

Menurutnya, dana disediakan FINAS membantu penggiat seni terutama penerbit filem untuk pembanguna­n industri kreatif negara.

“Saya tidak pernah mohon sebarang dana daripada FINAS. Dana disediakan itu memPasukan bantu penggiat seni dan sangat penting kerana banyak antara mereka yang tidak cukup modal.

“Selain itu, secara tidak langsung membantu penggiat seni menghasilk­an filem dan memperkasa­kan syarikat (produksi) mereka. Jika tidak, mahu harap duit daripada mana berikutan di Malaysia susah untuk mendapat tajaan,” katanya.

„ Erma Fatima selar pihak ambil duit tapi tak buat filem

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia