Harian Metro

Perlu berkualiti, bersemanga­t

- DARI MUKA R21

Shiha tidak mahu mencari bakat baru sekadar popular

semata-mata

Menurut penyanyi berusia 31 tahun ini lagi, dia juga menerima banyak reaksi di Instagram terutama anak muda yang ada minat mendalam terhadap muzik.

“Di Instagram, ada yang ‘tag’ nama saya di video nyanyian mereka. Ada yang jumlah tontonanny­a ratusan ribu dan mempunyai ramai pengikut Instagram.

“Kawan pun ramai mencadangk­an beberapa nama individu berbakat untuk diketengah­kan. Namun, ada beberapa kriteria yang saya lihat,” katanya.

Kata Shiha, dia tidak mahu mencari bakat baru sekadar popular sematamata tetapi tidak berbakat.

“Kalau ada yang berbakat besar dan pada masa sama ramai pengikut, itu satu bonus.

“Namun, ada juga tidak berbakat tetapi banyak jumlah tontonan dan itu rasanya tidak menepati apa yang saya mahukan,” katanya.

Penyanyi bersuara lunak itu berkata, dia tidak mahu mengangkat bakat yang tidak berkualiti kerana bimbang ada yang menuduhnya mahu mengaut keuntungan semata-mata.

“Kalau saya sekadar nak kaut keuntungan, boleh saja ambil mereka yang ramai pengikut Instagram.

“Namun begitu, apa pula tanggapan masyarakat yang tentunya tahu individu yang diangkat itu tidak berkualiti? Jadi, saya mahu seseorang yang berkualiti, punya semangat, sanggup bekerja keras dalam industri dan bukan semata-mata

Shiha turut menzahirka­n rasa syukur apabila lagu nyanyianny­a bersama Aman Aziz diangkat sebagai OST filem Langsuir.

“Alhamdulil­lah, saya dan Aman pun tak sangka yang lagu ini menjadi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia