Harian Metro

Tidak henti berharap

Biarpun nama sering ditolak stesen TV, Taufiq terus terima kata perangsang daripada rakan artis

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Biarpun sudah membintang­i filem dan memegang watak besar antaranya Ola Bola, Bidong: The Boat People, Kanang Anak Langkau dan terbaru filem aksi Paskal, Taufiq Hanafi, 27, belum ada rezekinya beraksi lebih kerap di kaca TV.

Menurut Taufiq, dia tidak pernah memilih watak sebaliknya akan menerima apa sahaja demi kelangsung­an kariernya sebagai pelakon.

“Pernah beberapa bulan saya hanya berehat di rumah kerana tiada tawaran.

“Selepas penggambar­an filem Paskal misalnya, saya tidak buat apa-apa. Ada juga tawaran daripada syarikat produksi tetapi apabila sampai ke stesen TV, nama saya ditolak”

katanya.

Namun, senario itu tidak melunturka­n semangatny­a kerana sedar mungkin dirinya tidak memiliki kriteria yang ditetapkan kebanyakan stesen TV.

Tidak menyalahka­n stesen TV, Taufik yang pernah mendapat perhatian peminat Indonesia berikutan lakonan berkesan sebagai remaja gay bernama Sofi dalam drama bersiri Gantung untuk siaran dalam talian di sana percaya mungkin belum ada rezeki untuknya berkarya dalam drama.

Taufiq berkata, ramai rakan artis dan media memberikan kata-kata perangsang kepadanya bahawa suatu hari nanti nama Taufiq Hanafi akan bersinar.

“Antaranya mereka berkata pelakon berkulit gelap seperti saya lebih sesuai bawa watak tentera dan melakukan aksi lasak.

“Biarlah pelakon berkulit cerah dan bermuka jambu mainkan watak romantik. Kalau mereka diminta melakonkan watak seperti kami, mesti nampak pelik,” katanya.

Bercakap mengenai filem Paskal, Taufik mengaku gementar menantikan reaksi penonton yang sebelum ini pernah disajikan dengan filem ketenteraa­n.

Dia bimbang jika ada yang kurang tertarik untuk menonton Paskal walhal filem itu mengubah gaya pembikinan naskhah ketenteraa­n sebelum ini.

Dalam pada itu, dia juga terkesan dengan isu Hairul Azreen dan Ammar Alfian mendakwa hampir menjadi mangsa penculikan lanun ketika penggambar­an filem Paskal pada Mac lalu.

Apabila muat naik sesuatu di laman sosial berkaitan promosi filem ini, orang lebih kerap bertanya mengenai isu itu berbanding filem Paskal.

“Kami hanya jalankan tugas sebagai pelakon dan saya difahamkan mereka sudah pun bertemu ESSCOM bagi memberi penjelasan mengenai perkara itu,” kata Taufik.

Bagaimanap­un, katanya, antara rahmat di sebalik isu itu, masyarakat mula buka mata pada kewujudan Paskal yang ditayangka­n pada 27 September depan.

Taufik yang memegang watak Ustaz dalam Paskal berkata dek satu isu yang disifatkan negatif ramai terlepas pandang objektif sebenar filem itu dihasilkan ialah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Kalau boleh tak mahu timbul isu yang akan beri kesan kepada filem ini.

“Kebanyakan masyarakat sudah letak tanda aras terhadap filem ketenteraa­n sebelum ini, jadi kami nak ubah,” katanya.

Filem Paskal arahan Adrian Teh turut dibintangi Hairul Azreen, Ammar Alfian, Nam Ron, Amirol Affendy, Hafizul Kamal, Datuk Seri Eizlan Yusof dan pelakon baru, Theban.

Dia juga teruja apabila diberitahu filem itu bakal ditayangka­n di China dan Turki pada Oktober depan. Malah, beberapa berita gembira turut dikongsi pihak produksi namun belum boleh diceritaka­n kepada umum buat masa ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia