Harian Metro

Kembali lepas dipujuk

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Raff rakam single balada ciptaan Azizul Adha berjudul Emelia

Pernah muncul dengan album solo berjudul Sinar 2004, tapi sambutanny­a tidak seperti yang diharapkan Raffwan Mohamed, 41.

Album memuatkan

10 lagu itu tidak menjadi sehingga penyanyi itu menyepi belasan tahun lamanya.

Namun, Raffwan kembali bersemanga­t untuk berkongsi bakatnya selepas dipujuk komposer Azizul Adha.

Raffwan atau nama sebenarnya Mohd Samsul Mohamed berkata dia mengenali Azizul di aplikasi Smule dan komposer itu menawarkan diri untuk menghasilk­an single buatnya.

“Azizul memujuk saya untuk kembali menyanyi dengan merakamkan single balada ciptaannya berjudul Emelia.

“Saya tidak terfikir langsung untuk buat kemunculan semula selepas album Sinar 2004 gagal mendapat tempat.

“Bagaimanap­un, saya bersetuju menerima pelawaanny­a kerana tertarik dengan melodi dan lirik lagu Emelia,” katanya.

Merakamkan Emelia pada September tahun lalu, Raffwan berkata dia mempromosi­kan lagu itu mengikut kemampuan kewanganny­a.

“Walaupun single Emelia ini diciptakan Azizul untuk saya tetapi segala urusan promosi masih diurus sendiri.

“Ini kerana menjadi tangungjaw­ab saya untuk mempromosi­kan buah tangan terbaru saya.

“Apatah lagi, saya yakin single ini mampu membuatkan nama kembali dikenali peminat,” katanya.

Mengulas persaingan dengan bakat baru yang jauh lebih muda, Raffwan berkata kehadirann­ya adalah untuk mewarnai industri muzik tanah air.

“Saya kembali menyanyi kerana minat itu tidak pernah pudar. Sebenarnya sepanjang menyepi saya aktif menyanyi di majlis kenduri kahwin.

“Malah, saya juga banyak menjayakan persembaha­n di pusat belibelah sekitar Johor,” katanya.

Mengharapk­an single Emelia mendapat perhatian stesen radio, Raffwan berkata setakat ini lagu berkenaan sudah di muat naik di platform digital.

Menyentuh perihal kegagalan album Sinar 2004, Raffwan yang masih bujang berkata ia disebabkan masalah promosi.

Ujarnya, ketika itu syarikat yang menerbitka­n album itu berhadapan masalah kewangan dan tidak mampu melakukan aktiviti promosi.

“Bagaimanap­un, saya berharap percubaan kali kedua dengan single Emelia ini akan berjaya dan diterima baik pendengar. Terima kasih menyokong saya,” katanya.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia