Harian Metro

HARI MALAYSIA DISAMBUT siswa PELBAGAI NEGARA DI MESIR

-

Mahasiswa daripada pelbagai negara gembira meraikan Hari Malaysia yang berlangsun­g di Syarqiyah, Mesir baru-baru ini, apabila masing-masing membawa Jalur Gemilang untuk memeriahka­n sambutan itu.

Seramai 54 mahasiswa terdiri dari Malaysia, Singapura, Somalia dan Indonesia berkumpul untuk memeriahka­n program Family Day Merdeka anjuran Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia Cawangan Mesir (YDKMM Mesir) dengan kerjasama Kelab Ruwad.

Pengerusi YDKMM Mesir, Muhammad Haziq Iqbal Azero berkata, mengimbas kembali penekanan Perdana Menteri dan tema Hari Kebangsaan iaitu Sayangi Malaysiaku, YDKMM Mesir mengambil inisiatif itu untuk menanamkan semangat patriotism­e dalam kalangan penuntut.

“Program ini mewajibkan semua peserta membawa bendera Jalur Gemilang sama ada individu atau kumpulan. Ia sekali gus dapat memupuk semangat cintakan tanah air dalam setiap jiwa penuntut,” katanya.

Katanya, program yang disertai mahasiswa dari pelbagai negara itu menjadi langkah proaktif YDKMM Mesir untuk membawa Malaysia ke peringkat antarabang­sa. Ia selari dengan matlamat yayasan untuk menaikkan nama Malaysia di persada dunia.

Katanya, program yang bermula seawal jam 6 pagi itu memberi pengalaman baru kepada penuntut warga asing kerana mereka turut menyanyika­n lagu kebangsaan Malaysia.

“Mereka kelihatan bersemanga­t apabila datang ke acara ini dengan membawa Jalur Gemilang. Malah turut memberi sokongan apabila menyertai pelbagai sukaneka.

“Ini sekali gus memecahkan jurang perbezaan negara dan menonjolka­n semangat perpaduan sesama ahli,” katanya.

Katanya, berada jauh dari tanah air bukan alasan untuk tidak meraikan dan merasai semangat kemerdekaa­n, sebaliknya dapat berkongsi perasaan patriotik.

Penuntut dari Somalia, Mona Mahmoud Saed, 19, berkata, selain dapat menambah kenalan baru dari Malaysia, dia juga berpeluang mempelajar­i bahasa Melayu.

“Saya memperoleh pengalaman baru iaitu menyanyi lagu Jalur Gemilang bersama ahli kumpulan dalam bahasa Melayu,” katanya.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang program berkenaan, antaranya persembaha­n memperkena­lkan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kepada rakyat Mesir, membuat kolaj Jalur Gemilang, nyanyian lagu patriotik, cari Jalur Gemilang di dalam belon air, sudu ping pong dan ‘span maut’.

 ??  ?? AKTIVITI ‘span maut’ yang menghiburk­an.
AKTIVITI ‘span maut’ yang menghiburk­an.
 ??  ?? KOLAJ Jalur Gemilang bagi memeriahka­n sambutan Hari Malaysia.
KOLAJ Jalur Gemilang bagi memeriahka­n sambutan Hari Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia