Harian Metro

Disertai 54 rakan kolaborasi

-

Festival Sains Petrosains

bantu orang ramai

lihat dan memahami kemungkina­n masa depan

Majlis pelancaran turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Urus Harta Datuk Hashim Wahir dan Pengerusi Lembaga Pengarah Petrosains dan Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS Zahariah Abdul Rahman.

Tahun ini, 54 rakan kolaborasi termasuk kerjasama antarabang­sa dan tempatan menyertai festival berkenaan.

Pelbagai aktiviti menarik bakal diketengah­kan seperti teknologi ‘humanoids’ atau robot, ceramah, pameran dan aktiviti berteraska­n teknologi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan komunikasi serta masa depan persekitar­an kita.

Sementara itu, Tengku Nasariah berkata, Pusat

“Pusat Sains akan dapat membantu orang ramai mempelajar­i perubahan dan cabaran yang sedang berlaku di dunia.

“Program berteraska­n pendidikan, pameran dan festival seperti ini mempunyai potensi untuk membantu orang ramai melihat serta memahami kemungkina­n masa hadapan, sains pada esok hari selain bagaimana untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Festival sains ini diadakan buat pertama kalinya pada 2013 dan pada tahun ini, festival di KLCC diadakan di The Galleria, Tingkat 4, Petrosains, Concourse, Suria KLCC dan di Esplanade, KLCC Park.Fazurawati Che Lah

 ??  ?? Pusat Sains akan dapat membantu orang ramai mempelajar­i perubahan dan cabaran yang sedang berlaku di dunia
AHMAD NIZAM (empat dari kiri) dan Tengku Nasariah (lima dari kanan) ketika majlis pelancaran.
Pusat Sains akan dapat membantu orang ramai mempelajar­i perubahan dan cabaran yang sedang berlaku di dunia AHMAD NIZAM (empat dari kiri) dan Tengku Nasariah (lima dari kanan) ketika majlis pelancaran.
 ??  ?? AKSI robotik menarik perhatian pelajar sekolah.
AKSI robotik menarik perhatian pelajar sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia