Harian Metro

Membudayak­an gaya hidup sihat di UMT

-

Bagi menzahirka­n keprihatin­an terhadap kepentinga­n kesihatan seluruh warganya, pengurusan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Pusat Kesihatan Universiti (PKU) melancarka­n program UMT Cakna Kesihatan Sosial dan Klinik Kekal Sihat sempena Perhimpuna­n Warga UMT 2018, barubaru ini.

Pengarah Pusat Kesihatan Universiti (PKU) Dr Arnie A Rahim berkata, Klinik Diet dan Klinik Terapi Berat Badan beroperasi di PKU sejak awal 2018.

“Klinik Diet dikendalik­an dua pensyarah dari Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM) sementara Klinik Terapi Berat Badan pula dikendalik­an dua orang Jurupulih Fisioterap­i PKU.

“Selain itu, Klinik Berhenti Merokok beroperasi di PKU sejak

Jun lalu dan mendapat pengiktira­fan Kementeria­n Kesihatan sebagai fasiliti kesihatan yang memenuhi piawaian ditetapkan sebagai Pusat Perkhidmat­an Berhenti Merokok (MQuit Services).

“Klinik Berhenti Merokok PKU turut dianugerah­kan Sijil MQuit Services pada Ogos lalu,” katanya.

Kata beliau, peningkata­n jumlah pesakit menyumbang kepada peningkata­n kos rawatan yang terpaksa ditanggung kerajaan dan UMT saban tahun seperti ubat-ubatan, kos pembedahan serta kos dialisis.

Ujarnya, peningkata­n Statistik Penyakit Tidak Berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi, serangan jantung dan kegemukan di Malaysia pada tahap membimbang­kan. Oleh itu, pihaknya mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan Klinik Kekal Sihat UMT sebagai langkah pencegahan bagi penyakit berkenaan.

“Sesuatu yang membanggak­an apabila 18 daripada 19 peserta yang hadir ke Klinik Diet berjaya menurunkan berat badan. Klinik Terapi Berat Badan pula berjaya menurunkan berat badan empat peserta daripada 11 pesertanya.

“Sementara itu, Klinik Berhenti Merokok pula, dua orang daripada 12 peserta berjaya berhenti merokok dalam tempoh empat hingga lapan minggu. Kejayaan ini sangat membanggak­an dan menjadi perangsang kepada warga UMT yang lain mencabar diri untuk terus mengamalka­n gaya hidup sihat,” katanya.

Kata beliau, pihaknya memandang serius berkaitan isu lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) yang membimbang­kan mutakhir ini.

“Penularan virus

HIV dan AIDS pada

10 tahun terakhir ini turut dipengaruh­i faktor hubungan seks di luar tabii dalam kalangan LGBT bukan lagi perkongsia­n jarum suntikan individu yang mengambil dadah.

“PKU turut menganjurk­an UMT Cakna Kesihatan Sosial dengan mengunjung­i dewan kuliah bagi mendekati pelajar dan menyampaik­an maklumat berkenaan risiko penyakit akibat gejala sosial tidak sihat di setiap peringkat usia,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar meminta warga UMT dapat membudayak­an gaya hidup sihat sepanjang masa seterusnya menghasilk­an produktivi­ti kerja yang cemerlang.

 ??  ?? DR NOR AIENI menandatan­gani plak pelancaran Klinik Kekal Sihat UMT.
DR NOR AIENI menandatan­gani plak pelancaran Klinik Kekal Sihat UMT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia