Harian Metro

TRIK SEMBUNYI KEKURANGAN

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

5 penyelesai­an dicadangka­n untuk tampil dengan berkeyakin­an

Kekurangan yang ada boleh menjadikan seseorang rasa rendah diri dan akhirnya hilang keyakinan untuk berdepan masyarakat sekeliling.

Sedangkan mereka juga mempunyai kelebihan di sebalik kekurangan dan remaja tidak terkecuali mengalami dilema ini.

Lebih membimbang­kan jika mereka mengambil jalan pintas sebagai penyelesai­an contohnya dengan berbelanja berlebihan atau membeli produk mengandung­i bahan memudaratk­an.

Untuk itu, Gen Y kongsikan lima masalah dan penyelesai­an sebagai alternatif untuk tampil yakin walaupun ada kekurangan:

1. PARUT JERAWAT

Ada kalanya jerawat pada wajah akan meninggalk­an parut yang mengambil masa lama untuk pudar. Keadaan itu akan menimbulka­n rasa tidak yakin dan selesa terutama ketika berhadapan dengan individu lain.

Jika ini terjadi, jangan panik kerana ada cara untuk menutup cela pada wajah iaitu dengan sapuan penyamar noda dan bedak asas.

Namun, anda juga perlu mengambil inisiatif menghilang­kan parut berkenaan antaranya dengan menggunaka­n krim rawatan yang boleh didapati di farmasi atau klinik kulit.

2. RAMBUT KUSUT

Masalah ini kerap berlaku kepada perempuan terutama yang berambut panjang dan jika dibiarkan boleh menyebabka­n penampilan kelihatan tidak terurus.

Jadi, gunakan pelembap tanpa bilas sebagai alternatif untuk mengatasi masalah berkenaan sebelum keluar dari rumah. Bagi memudahkan anda, beli produk berkenaan dalam pek kembara kerana lebih ringan dan kecil untuk dibawa ke mana saja.

Sekiranya ada bajet dan kelapangan waktu pula, anda boleh berkunjung ke salon untuk mendapatka­n rawatan rambut memadai dalam tempoh sekali atau dua bulan sekali.

3. PERUT BUNCIT

Bagi yang mengalami masalah perut buncit, elakkan memakai baju sendat sebaliknya pilih helaian lebih longgar untuk keselesaan sepanjang hari.

Jika mahu juga memakai bajuT sendat, sarung jaket atau blazer di bahagian luar bagi menyembuny­ikan perut yang buncit.

Ingat! Meskipun anda berhak memakai apa saja pakaian mengikut kemahuan diri namun aspek lain juga perlu dititikber­atkan supaya tidak menjejaska­n penampilan.

Tiada gunanya menyerlahk­an kekurangan pada diri sedangkan anda memiliki banyak kelebihan lain untuk ditonjolka­n.

4. TUBUH BERISI

Baju berona hitam sering menjadi pilihan individu bertubuh gempal untuk mendapatka­n ilusi lebih langsing. Sedangkan, tiada masalah untuk memakai baju rona lain dengan syarat motif dan coraknya bersesuaia­n.

Baju corak menegak adalah pilihan yang tepat dan elakkan memakai jalur melintang kerana akan menjadikan anda kelihatan lebih besar berbanding saiz sebenar.

Pendek cerita, pilih saiz bersesuaia­n dengan tubuh dan paling penting, elakkan memakai baju terlalu sendat atau longgar.

5. TUMIT KAKI PECAH

Penjagaan kaki amat penting, salah satunya bagi mengelak tumit kaki pecah. Apabila ini terjadi, anda tentunya tidak yakin untuk memakai selipar atau kasut tumit tinggi yang mendedahka­n bahagian tumit.

Untuk itu, jadikan stoking sebagai teman rapat anda dan pada masa sama, rawat kaki dengan krim untuk masalah berkenaan.

Lagipun, anda tidak perlu terlalu khuatir terutama jika bekerja kerana lebih banyak menggunaka­n kasut berbanding selipar.

 ??  ?? SAPUAN penyamar noda mampu
menutup cela pada wajah.
SAPUAN penyamar noda mampu menutup cela pada wajah.
 ??  ?? PELEMBAB tanpa bilas penyelesai­an untuk rambut kusut.
PELEMBAB tanpa bilas penyelesai­an untuk rambut kusut.
 ??  ?? PAKAIAN corak menegak memberi ilusi lebih langsing kepada mereka yang
bertubuh gempal.
PAKAIAN corak menegak memberi ilusi lebih langsing kepada mereka yang bertubuh gempal.
 ??  ?? JAKET alternatif untuk menyembuny­ikan masalah perut buncit.
JAKET alternatif untuk menyembuny­ikan masalah perut buncit.
 ??  ?? JADIKAN stoking sebagai kemestian untuk menyembuny­ikan masalah tumit
kaki pecah.
JADIKAN stoking sebagai kemestian untuk menyembuny­ikan masalah tumit kaki pecah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia