Harian Metro

Dr Suwaibah tekad cipta rekod dunia

-

Kini tersenarai dalam Guinness World Book of Records sebagai wanita pertama berlari solo

merentasi 4 benua

“Sejak kecil saya memang menaruh minat yang tinggi pada sukan larian. Saya menyimpan impian untuk terus menyinar dalam bidang ini dan mencipta rekod tersendiri.

“Saya pernah pengsan kerana dehidrasi semasa menyertai larian ketika berusia 15 tahun, berdepan banyak kekangan untuk menyambung pengajian, terpaksa mengorbank­an kerjaya dan banyak dugaan pahit lain yang datang dari semasa ke semasa.

“Bagaimanap­un, saya sentiasa melihat cabaran dan ujian dalam perspektif yang positif. Sepanjang berada dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), saya merebut semua peluang yang ada.

“Malah, selepas meninggalk­an kerjaya, saya terus aktif berlari, berbekalka­n pencapaian yang pernah diraih ketika berada dalam pasukan. Saya percaya, bukan semua yang kita mahukan akan menjadi milik sendiri. Oleh itu, saya memandang ke depan dan terus merencana pelbagai projek untuk membina masa depan,” katanya.

REKOD KEMENANGAN

Mungkin sudah tersurat rezeki buat wanita ini, nama Dr Suwaibah terus menjulang selepas menyempurn­akan Larian Terusan Sutera Merentasi Laluan Marco Polo (Larian Marco Polo) dari Beijing ke Venice lebih 3,000 kilometer (km) pada Jun 2014.

“Sepanjang berkhidmat dalam TUDM, saya pernah mewakili negara dalam maraton di Amerika Syarikat, Itali, Indonesia dan Singapura. Kemudian, saya membuat larian amal dengan berlari sejauh 2,004 kilometer selama 47 hari mengelilin­gi Semenanjun­g Malaysia dan mengumpul RM1.3 juta untuk mengisi tabung Majlis Kanser Nasional yang turut dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada 2004.

“Saya juga berjaya menamatkan larian ‘Water for Gaza’ merentas Gurun Sahara di Mesir secara solo dengan jarak 1,111 km selama 32 hari pada 2012.

“Lebih manis, saya turut tersenarai dalam Malaysia Book of Records sebagai wanita pertama berlari solo merentasi empat benua dan 12 negara meliputi China, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenist­an, Iran, Turki, Bulgaria, Serbia, Croatia, Slovenia dan Itali sejauh 3,333 km pada 2014.

“Semua ini saya lakukan untuk menaikkan nama negara dengan perjuangan sukan ke arah kemasyarak­atan dan sekarang, saya dalam usaha mencipta rekod dunia sebagai wanita atau rakyat pertama yang menawan 30 menara tertinggi dunia di bawah World Federation of Great Towers (WFGT),” katanya.

Kata Ikon Pembanguna­n Sukan TUDM ini, beliau berbangga apabila hasil usahanya kian mendapat perhatian sehingga memperoleh pengiktira­fan pelbagai pihak termasuk dilantik sebagai Duta Keamanan Dunia 202 Negara, Mac lalu.

“Bayangkan, saya dulu hanya budak kampung yang meminati sukan larian.

Saya bersyukur kerana keluarga tidak pernah melarang, malah sentiasa memberi dorongan. Bapa antara orang yang sentiasa

 ??  ?? GIGIH berlatih.
GIGIH berlatih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia