Harian Metro

Boh manfaat peluang kedua

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Sedar bahaya dadah yang mampu menghancur­kan hidup mangsanya, penyanyi dari Singapura, Boh Sharif, 52, terbuka berkongsi pengalaman.

Boh Sharif yang muncul dengan single Tinggal Sejarah ciptaannya, memberitah­u dia harus bersikap positif dan optimis.

Menurutnya yang pernah meringkuk dalam penjara di Singapura selama 25 tahun akibat dadah, sekarang tiba masa dia giat memberi motivasi.

“Pembabitan aktif saya dalam ceramah motivasi sekadar mahu berkongsi pengalaman dan mengingatk­an golongan muda untuk hindari dadah.

“Dadah adalah musuh utama yang perlu dijauhi oleh manusia supaya boleh menjalani kehidupan harian dengan baik.

“Saya ketika menjadi pengedar termasuk menghisap dadah suatu ketika dulu, memang pernah hidup dalam kemewahan.

“Bagaimanap­un, dengan jiwa kosong dan kacau bilau sudah semestinya kehidupan yang dilalui tidak tenang,” katanya.

Menurut Boh Sharif lagi, hidup berdekad lamanya dalam tirai besi cukup menginsafk­an dirinya untuk tidak ulangi kesilapan lalu.

“Saya kini benarbenar sudah insaf, apatah lagi masa muda pun dihabis kan sepenuhnya dalam penjara.

“Saya siasiakan hidup selama ini. Hidup hanya sekali dan masa yang berlalu tidak berganti.

“Untuk terus berasa kesal dengan apa yang sudah saya lakukan dalam hidup ini, ia tindakan tidak wajar.

“Jadi, tampil berkongsi pengalaman dan memberi motivasi kepada generasi muda untuk hindari dadah adalah matlamat utama saya,” katanya.

Boh Sharif atau nama sebenar Sharifpudi­n Mohammad berkata dia akan menggunaka­n peluang kedua itu sebaik mungkin.

“Saya bersyukur masih bernasib baik diberikan Allah SWT peluang kedua untuk memperbaik­i kesilapan diri.

“Oleh itu, di samping rancak mempromosi­kan single Tinggal Sejarah, saya ambil tanggung jawab sosial dengan berkongsi pengalaman dengan orang ramai. .

“Saya tidak malu mendedahka­n sejarah hitam hidup asalkan dapat menyelamat­kan kehidupan insan lain.

“Apa pun, saya ucap terima kasih kepada semua yang memberi sokongan positif terhadap single Tinggal Sejarah dan pembabitan dalam dunia seni,” katanya.

Boh Sharif yang menjalin kerjasama dengan Sheikh Qalam Records

Sdn Bhd gembira kemunculan­nya mendapat perhatian pendengar.

 ??  ??
 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia