Harian Metro

Peminat lebih kenal sebagai cef

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Fazley kongsi kisah lucu apabila ada mengatakan

dia mirip penyanyi lagu Asmara Ini

Sebelum memulakan kariernya dalam bidang masakan, cef selebriti Datuk Fazley Yaacob sudah pun bergelar penyanyi pada usia 17 tahun.

Biarpun lebih dua dekad dalam industri muzik, juara MasterChef Selebriti Malaysia 2012 itu mendedahka­n masih ada peminat tidak mengenalin­ya sebagai penyanyi lagu Asmara Ini.

Menurut Fazley, 40, ada peminat hanya mengenalin­ya menerusi program masakan di televisyen.

Bapa kepada empat cahaya mata ini berkongsi kisah lucu ketika bertemu peminat.

“Ada peminat wanita yang mahu bergambar berkata wajah saya menyerupai penyanyi lagu Asmara Ini. Mereka ingat kami dua individu berbeza,” katanya.

Namun begitu, Fazley yang juga pengacara dan usahawan memberitah­u tidak kecil hati sebaliknya bangga peminat lebih mengenalin­ya sebagai cef.

NYANYI LAGU MANDARIN

Perkembang­an lain, Fazley mengabadik­an kisah cinta dengan bekas kekasih menerusi lagu berjudul Wo Ai Te Ni atau You Are My Love.

Katanya, lagu dihasilkan bersama komposer

Ajai itu turut menyelitka­n dua baris ayat melafazkan kata cinta dalam bahasa Mandarin.

“Sebelum mengenali isteri, saya pernah bercinta dengan wanita berbangsa Cina.

“Disebabkan perbezaan agama dan budaya, cinta itu hanya bertahan selama setahun. Namun begitu, kami masih berkawan sehingga sekarang,” katanya.

Ujar Fazley, dia sudah pun meminta izin daripada isterinya sebelum menghasilk­an You Are My Love yang akan dilancarka­n Oktober ini.

“Saya ada memberitah­u isteri niat mahu buat lagu mengenai cinta dengan bekas kekasih dan dia tiada masalah. Lagipun, bekas kekasih sudah berumah tangga,” katanya.

Istimewany­a, sebahagian besar penggambar­an video muzik You Are My Love dilakukan di Taiwan dan selebihnya di Malaysia.

Selain itu, Fazley yang dilantik sebagai duta pelanconga­n Halal Taipei bakal memperkena­lkan lagu bahasa Mandarin sepenuhnya dalam masa terdekat.

Namun, sebelum memulakan rakaman dia perlu memperbetu­lkan sebutan bahasa Mandarin.

Dia yang fasih bertutur bahasa Kantonis turut dibantu guru untuk mengajarny­a menyebut setiap perkataan Mandarin dengan tepat.

Sementara itu, Fazley bakal membuka restoran dengan konsep baru yang memperkena­lkan makanan ramuan sihat.

 ??  ?? Ada peminat wanita yang mahu bergambar berkata wajah saya menyerupai penyanyi lagu Asmara Ini. Mereka ingat kami dua individu berbeza
Ada peminat wanita yang mahu bergambar berkata wajah saya menyerupai penyanyi lagu Asmara Ini. Mereka ingat kami dua individu berbeza

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia