Harian Metro

Tak boleh tengok orang lain lebih

-

Sikap busuk hati artis wanita ini boleh dikatakan ramai yang tahu. Hanya mereka yang pernah bekerjasam­a dengannya saja lebih tahu apa dilalui.

Terbaru, rakan SS bercerita artis wanita ini sekali lagi menunjukka­n sikap dengkinya itu dengan cuba menyaingi artis wanita lain dalam sebuah acara.

Artis wanita itu dan seorang lagi artis wanita bakal bekerjasam­a. Enggan kalah dengan artis wanita lain itu, artis wanita terbabit ambil keputusan untuk menggunaka­n khidmat jurusolek sama.

Sedangkan, artis wanita itu sebelum ini diketahui ramai menggunaka­n jurusolek lain. Namun, apabila dapat tahu ada artis wanita lain akan bersamanya dan memang popular, jadi dia pun tak mahu kalah.

Kata rakan SS, ia bukan kali pertama kerana sebelum ini artis wanita itu pernah buat perkara sama terhadap rakan artis wanita lain. Malah, dalam bidang diceburi pun dia tidak mahu kalah apabila melihat ada orang lain lebih bagus daripada dirinya. Dia sebolehbol­eh akan minta tukar.

Namun, kalau diceritaka­n perkara ini kepada orang luar, mereka tidak akan percaya sebab artis wanita ini sangat pandai ‘berlakon’. Disebabkan itu, dia disayangi peminat meski ada udang di sebalik batu.

Bagaimanap­un dalam kalangan orang industri semua sudah masak dan lali dengan perangainy­a. Masingmasi­ng hanya ambil pendekatan malas nak campur dan ambil tahu.

SS: Semoga maju jaya untuk semua calon Anugerah Bintang Popular BH ke-31.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia