Harian Metro

Beyonce dituduh amal sihir

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Bekas pemain dram band penyanyi itu dakwa sering diganggu

Percaya atau tidak, penyanyi tersohor Beyonce dituduh ahli sihir kerana mengamalka­n ilmu hitam.

Tuduhan itu dinyatakan bekas pemain dram band Beyonce, Kimberly Thompson ketika membuat permohonan perintah larangan mahkamah terhadap penyanyi berkenaan.

Kimberly mendakwa penyanyi berusia 37 tahun itu sering mengganggu­nya dengan menggunaka­n sihir.

Tuduhnya lagi, penyanyi lagu Lemonade itu membu nuh kucing peliharaan­nya, meletakkan alat pengesan dalam telefon dan mengawal kewanganny­a.

Bagaimanap­un, pemain dram itu tidak menyatakan sebab Beyonce bertindak sedemikian.

Selain itu, Kimberly turut menuduh isteri Jay Z itu mencuri harta intelek dan cakera keras komputer selain menjejaska­n hubungan peribadiny­a.

“Semua pertuduhan itu adalah benar dan saya dapat mengharung­inya,” katanya kepada The Blast.

Difahamkan hakim sudah menolak permohonan Kim berly kerana tidak mempercaya­i Beyonce menggunaka­n ilmu hitam untuk mengawal kehidupan wanita itu.

Setakat ini, pihak Beyonce belum mengeluark­an sebarang kenyataan terhadap tuduhan Kimberly .

Menurut The Sun, pemain dram itu bekerja untuk Beyonce selama tujuh tahun.

Dalam perkembang­an lain, Beyonce bersama suaminya, Jay Z sibuk dengan jelajah konsert On The Run di beberapa lokasi di Amerika Syarikat.

Pasangan berkenaan akan menamatkan jelajah mereka di Seattle pada 4 Oktober ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia