Harian Metro

Sikap mulia bayar hutang

-

perlu ada dalam setiap diri kerana ia membabitka­n tanggungja­wab moral. “Tidak kira apa hutang sekalipun, hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), bank, adik-beradik, sikap kita sebagai seorang yang mempunyai akhlak dan moral tinggi kalau berhutang perlu bayar.

“Ini tanggungja­wab moral yang mencermink­an akhlak apabila kita berhutang perlu bayar walaupun hutang itu 10 sen,” katanya di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai jumlah hutang PTPTN yang meningkat kepada RM36 bilion kerana peminjamny­a tidak amanah.

Perdana Menteri dipetik berkata, tindakan yang tidak amanah itu menyebabka­n orang lain sukar mendapatka­n pinjaman untuk membiayai pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Beliau dipetik berkata, mereka yang meminjam bukannya tidak mampu membayar tetapi sengaja enggan membayar balik pinjaman.

Terdahulu Dr Maszlee hadir ke majlis Anugerah Tokoh Siswa 2017 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Sebanyak 15 anugerah dipertandi­ngkan mengikut kategori dan satu anugerah utama menjadi rebutan iaitu Tokoh Siswa Kebangsaan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail berkenan berangkat mencemar duli menyempurn­akan majlis berkenaan.

„ Menteri Pendidikan tegur sikap peminjam liat jelas pembiayaan PTPTN kini berjumlah RM36b

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia