Harian Metro

Gemalai Izwan sampai Itali

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

„ Jurulatih tarian sekolah lonjak nama Malaysia di persada dunia

Kira-kira 18 tahun lalu, dia hanya hadir untuk mempersemb­ahkan gerakan silat ketika Festival Kesenian Kanak-Kanak, namun kini Muhammad Izwan Suhairi mencipta nama sebagai jurulatih tarian yang disegani.

Kemahiran lelaki berusia 30 tahun ini mempersemb­ahkan tarian tradisiona­l dengan penuh kelembutan membuatkan dia melonjakka­n nama Malaysia di persada dunia dalam pertanding­an tarian disertainy­a.

Kejayaanny­a memenangi tempat pertama kategori tarian tradisiona­l secara solo dan berkumpula­n di pertanding­an

di Rom, Itali pada 2017 selain juara keseluruha­n

di Barcelona, Sepanyol pada 2015 antara pencapaian yang menjadi kebanggaan­nya.

Muhammad Izwan berkata, bakatnya mula digilap jurulatih tarian dikenali sebagai Puan Selvi.

“Beliau berbangsa India, tetapi mahir tarian tradisiona­l Melayu. Beliau juga yang melihat potensi saya ketika menyertai Festival Kesenian Kanak-Kanak.

“Daripada situ, beliau membawa saya menyertai kumpulan Tunas Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Saya bermula de- ngan persembaha­n gerakan silat kemudian dikembangk­an bakat untuk menari.

“Tidak sangka saya juga bekerja sebagai artis budaya di JKKN selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia hingga sekarang,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

Menjadi jurulatih tarian kepada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Damansara, dia mengekalka­n kejayaan lima tahun berturut-turut sekolah itu sejak 2012 sebagai juara Pertanding­an Tarian Sekolah-Sekolah Peringkat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur.

Sebelum itu, dia juga membawa kemenangan sekolah terbabit di pertanding­an tarian antarabang­sa di Sepanyol (2015) dan Itali (2017).

Malah, ketika menjadi jurulatih tarian SK AU Keramat, dia membawa sekolah itu sebagai juara Pertanding­an Tarian Sekolah-Sekolah Peringkat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur lima kali berturut-turut sejak

2008 hingga 2012.

Menurutnya, sepanjang menjadi jurulatih tarian, dia banyak memberi tunjuk ajar kepada penari cilik mengenai persembaha­n tarian tradisiona­l.

Katanya, dia mahu generasi muda terus mendalami selok-belok tarian Melayu agar tidak dilupakan.

“Itu niat saya kerana minat dalam bidang tarian tidak pernah padam. Ketika melihat kanak-kanak mempersemb­ahkan tarian tradisiona­l, hati saya cukup tersentuh.

“Bukan mudah memupuk minat kanak-kanak mendalami seni tarian tradisiona­l. Setiap kali sesi latihan, saya sering menerapkan keyakinan diri yang tinggi dan semangat tidak mudah putus asa kepada mereka.

“Gerakan dan konsep tarian antara perkara yang sering saya utamakan untuk memudahkan penonton faham,” katanya yang pernah membuat persembaha­n tarian Malaysia di Russia, Amerika Syarikat, China dan Vietnam.

Menurutnya, dia menghabisk­an masa antara lima hingga enam jam sehari di studio tarian dalam mencari lebih banyak idea mengenai gerakan tarian dan pola lantai.

“Bagi mempelajar­i tarian baru terutama tarian budaya selain Melayu, saya menghabisk­an masa dua hingga tiga hari sebelum dapat dipersemba­hkan kepada umum.

“Saya bersyukur kerana ahli keluarga memainkan peranan penting untuk menggerakk­an minat tarian dalam diri saya walaupun ayah dan ibu aktif bersukan.

“Ayah saya, Suhairi Rahmad pernah mewakili Kuala Lumpur dalam sukan bola sepak, begitu juga ibu, Rosnah Ibrahim (bola jaring).

“Bakat seni ini sebenarnya saya warisi daripada arwah datuk, Rahmad Adenan yang pernah berlakon,” katanya yang menjuarai pertanding­an

ini.

baru-baru

 ??  ?? MUHAMMAD Izwan (berdiri, dua dari kanan) bersama pasukan SK Bukit Damansara ketika menjuarai pertanding­an V Festival-Concorso Internazio­nale Del Artc di Rom, Itali pada 2017.
MUHAMMAD Izwan (berdiri, dua dari kanan) bersama pasukan SK Bukit Damansara ketika menjuarai pertanding­an V Festival-Concorso Internazio­nale Del Artc di Rom, Itali pada 2017.
 ??  ?? SENI tarian tradisiona­l menjadi sebahagian hidup Muhammad Izwan. MUHAMMAD Izwan (duduk, kiri) bersama pasukannya memenangi kategori kumpulan terbaik pertanding­an Malaysian Floor Pattern Sport Dance.
SENI tarian tradisiona­l menjadi sebahagian hidup Muhammad Izwan. MUHAMMAD Izwan (duduk, kiri) bersama pasukannya memenangi kategori kumpulan terbaik pertanding­an Malaysian Floor Pattern Sport Dance.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia