Harian Metro

Empat lagi mangsa meninggal dunia

-

Lumpur: Jumlah mangsa yang mati akibat arak beracun terus meningkat apabila empat lagi mangsa disahkan meninggal dunia, semalam.

Empat kematian terbaru itu membabitka­n masing-masing satu kes di Kuala Lumpur dan Perak manakala dua di Negeri Sembilan, sekali gus menjadikan angka mangsa maut meningkat kepada 35 orang sejak dilaporkan Isnin lalu.

Di ibu negara, mangsa yang meninggal dunia membabitka­n seorang lelaki tempatan yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatka­n rawatan.

Jumlah itu menjadikan angka kematian di ibu negara meningkat kepada enam mangsa membabitka­n tiga lelaki tempatan, dua lelaki Myanmar dan seorang lelaki warga India.

Di Negeri Sembilan, dua lelaki yang maut dikenal pasti warga Bangladesh.

Pengerusi Jawatakuas­a Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepengguna­an negeri, S Veerapan berkata, seorang lagi mangsa masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, selepas dipercayai keracunan alkohol di negeri ini setakat ini.

Katanya, semua mangsa pada mulanya mengadu pening dan sakit kepala serta kabur penglihata­n dalam kejadian Khamis lalu.

“Simpton itu berlaku selepas mereka bertiga yang tinggal di Senawang meminum dua minuman beralkohol di sebuah kedai, di sini.

“Semua mangsa berusia 40-an itu dibawa ke HTJ di sini, tetapi dua disahkan meninggal dunia sebelum sempat mendapatka­n rawatan,” katanya.

Veerapan berkata, siasatan mendapati mangsa sempat menghabisk­an sebotol minum beralkohol manakala satu lagi jenama hanya diminum separuh saja.

Katanya, susulan daripada kejadian itu, pihaknya menjalanka­n siasatan terhadap kedai yang menjual minuman beralkohol diminum mangsa.

“Kita sudah mendapat sampel alkohol dan kini masih menjalanka­n siasatan lanjut. Jika mendapati kandungan alkohol yang dijual peniaga melebihi had dibenarkan, mereka akan dikenakan tindakan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat 424 kedai yang menjual alkohol di seluruh negeri ini bagi memastikan peniaga mengikut Peraturan 11(1)(e) label dan ramuan serta 11(1)(j) maklumat pengilang/pengimport.

 ??  ?? VEERAPAN
VEERAPAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia