Harian Metro

Cabar pancung kepala dalam Facebook

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

„ ‘Abang Long Setapak’ dibelasah tiga lelaki, denda ketuk ketampi secara langsung di FB

Tindakan celupar seorang pemuda mendakwa sebagai Abang Long Setapak dan mencabar beberapa individu menerusi laman sosial Facebook mengundang padah apabila dia dibelasah tiga lelaki serta didenda ketuk ketampi sebanyak 20 kali.

Malah, sejak malam kelmarin, tiga video berkenaan yang dipaparkan secara langsung dari akaun Facebook pemuda itu turut tular di media sosial.

Dalam rakaman pertama berdurasi satu minit 10 saat, pemuda itu mendakwa sebagai Abang Long Setapak dan mencabar beberapa individu secara langsung di akaun Facebook miliknya.

Malah pemuda itu mencabar individu tertentu membawa pedang samurai dan memancung dirinya.

Bagaimanap­un, menerusi video kedua berdurasi selama satu minit 45 saat dipaparkan secara langsung, pemuda itu berjaya ditahan tiga lelaki dipercayai individu yang dicabar.

Dua daripada mereka menendang pemuda berkenaan sebelum menyuruhny­a untuk meminta maaf secara langsung.

Manakala menerusi paparan video ketiga berdurasi selama satu minit 54 saat pula menyaksika­n pemuda yang mendakwa berusia 23 tahun itu didenda ketuk ketampi sebanyak 20 kali.

Kebanyakan penonton yang menyaksika­n video itu secara langsung turut mengecam tindakan pemuda itu dan gembira apabila dia ditahan tiga lelaki yang mendendany­a.

Namun, ada juga yang mengecam tindakan tiga lelaki itu yang dikatakan tidak mempunyai kuasa untuk menghukum pemuda berkenaan.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam satu maklum balas menyatakan tidak menerima laporan mengenai kes itu, namun akan membuat semakan dan siasatan mengenai kejadian yang dipercayai berlaku malam kelmarin.

 ??  ?? RAKAMAN menunjukka­n lelaki terbabit mencabar individu tertentu untuk bersemuka dengannya secara langsung di FB.
RAKAMAN menunjukka­n lelaki terbabit mencabar individu tertentu untuk bersemuka dengannya secara langsung di FB.
 ??  ?? PEMUDA terbabit terduduk selepas ditendang lelaki berbadan besar (kanan).
PEMUDA terbabit terduduk selepas ditendang lelaki berbadan besar (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia