Harian Metro

Petronas Carigali Nile Limited sedia air berkualiti, selamat di Juba

-

Petronas Carigali Nile Limited, melancarka­n fasa pertama projek

Blok 4 Barat Gudele, Juba.

Projek ini adalah kerjasama dengan Kementeria­n Republik Petroleum Sudan Selatan dan Nile Hope, NGO nasional Sudan Selatan.

Ia bertujuan untuk menyediaka­n jumlah air yang berkualiti dan selamat yang mencukupi dan boleh diakses kepada komuniti setempat yang akan memberi manfaat kepada lebih daripada 40,000 penduduk di sekitar Juba.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

Bahagian Huluan Petronas Datuk Mohd Anuar Taib berkata, inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen tanggungja­wab sosial korporat Petronas yang menekankan kesejahter­aan dan pembanguna­n komuniti.

“Projek ini adalah yang pertama dalam projek

kami di Sudan

Life

Water for Life

Selatan.

Water for

“Kami akan memperluas­kan projek yang sama ke empat lokasi lain di kawasan Juba.

“Kami berharap ia dapat menyediaka­n air bersih yang mencukupi kepada kira-kira 40,000 orang,” katanya dalam kenyataan dikeluarka­n.

Program lain yang dijalankan Petronas di Sudan Selatan termasuk Program Penajaan Pendidikan Petronas

(PESP), Kempen Pembedahan Awam, program penambahba­ikan sekolah serta pembanguna­n komuniti melalui Syarikat Operasi Bersama (JOC).

Di samping itu, pada 10 September lalu, Petronas dan rakan-rakannya menandakan pencapaian penting di Sudan Selatan, apabila Petronas Carigali Nile Ltd menandatan­gani perjanjian penerokaan, pengeluara­n dan perkongsia­n (EPSA) dan Perjanjian Peralihan Transisi untuk Blok 1, 2 dan 4 dengan kerajaan Sudan Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia