Harian Metro

Shopee Mall catat peningkata­n

-

Shopee Mall berjaya merekodkan 86.7 peratus pertumbuha­n bilangan jenama yang ditawarkan di portal beli-belah terbabit.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, Shopee Mall menampilka­n lebih 560 jenama berbanding 300 tahun lalu.

Katanya, Shopee Mall telah mencatatka­n pertumbuha­n di semua kategori runcit dan mendapat sokongan dari jenama elektronik terkemuka seperti Xiaomi dan Lenovo, jenama fesyen terkemuka seperti Poplook dan Voir, dan kegemaran pencinta kecantikan, NYX serta Beiersdorf.

“Shopee sentiasa memberi komitmen untuk menyediaka­n pelanggan pengalaman membeli-belah dalam talian yang mudah, selamat dan pantas dan Shopee Mall menampilka­n semuanya.

“Malah dengan sokongan daripada jenama tempatan juga kami terus mendapat kepercayaa­n dan kesetiaan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan dikeluarka­n. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu meningkatk­an keupayaan masing-masing dengan pendigital­an proses perniagaan teras bagi membantu menjadi lebih berjaya dengan mendapat akses segera kepada maklumat, daripada kewangan hingga pengurusan bakat.

Pengarah Urusan SAP Malaysia, Duncan Williamson berkata, sudah tiba masanya PKS melihat teknologi sebagai pelaburan dan bukannya kos sekiranya mereka mahu merealisas­ikan pertumbuha­n mapan.

“Terdapat ruang bagi penambahba­ikan dan

PKS tempatan harus melihat teknologi sebagai pembuka jalan ke arah produktivi­ti lebih tinggi, keberkesan­an operasi dan penjimatan kos,” katanya.

Beliau dalam taklimat bertajuk Tradisi, Teknologi dan Transforma­si - Menerima Pakai Perubahan dan Memastikan Kesinambun­gan Dalam Perniagaan Milik

Keluarga di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Presiden Pembanguna­n Enterpris Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Gopi Ganesaling­am dan Pengarah Editorial

Global, The Economist Corporat Network, Andrew Staples. Persidanga­n dan Pameran Perkhidmat­an Minyak dan Gas Malaysia (MOGSEC 2018) berperanan sebagai platform kepada pemain industri perkhidmat­an minyak dan gas (O&G) tempatan untuk mengembang­kan perniagaan dan meneroka pasaran antarabang­sa.

Acara itu yang akan berlangsun­g pada 25 hingga 27 September ini bakal menghimpun­kan lebih 7,000 pelawat dagangan dan profesiona­l daripada sektor terbabit bagi membincang­kan isu, perkongsia­n teknologi dan padanan perniagaan.

Presiden Majlis Perkhidmat­an Minyak & Gas Malaysia (MOGSC), Sharifah Zaida Nurlisha berkata, bagi penganjura­n kali keempat itu, pihaknya menyasarka­n transaksi dagangan berjumlah RM400 berbanding RM300 juta pada dua tahun lalu.

Beliau berkata, 350 pempamer akan menyertai MOGSEC 2018 dan 60 peratus daripadany­a adalah syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

 ??  ?? SHARIFAH Zaida
SHARIFAH Zaida
 ??  ?? IAN
IAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia