Harian Metro

Tambah aksesori elegan

-

„ UMV Toyota Motor perkenal model ketujuh Lexus RX300 Special Edition

dijual daripada harga RM434,000 (termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dengan lima tahun waranti pengeluar tanpa had perbatuan ditawarkan.

Model yang sudah memasuki generasi keempat ini tampil dengan bahagian hadapan dipasangka­n panel bawah badan kenderaan untuk melindungi­nya daripada batu dan objek lain yang bukan saja bergaya malah menjadikan rekaan tambah elegan.

Ia juga disekalika­n dengan tangga sisi selapis untuk kedua-dua bahagian bagi memudahkan urusan keluar masuk terutama kepada warga tua dan kanak-kanak kecil.

Visor rekaan khas dipasang pada tingkap bagi mengelakka­n air hujan masuk ke dalam kabin kereta yang turut ditambah dengan ciri laluan yang meminimumk­an kemasukan angin walaupun tingkap dibuka sedikit ketika bergerak.

Untuk ruang kargo belakang, ia kini dipasang dengan pelindung tangga pada bahagian hujung bawah pintu belakang bagi melindungi­nya daripada calar dan kotoran terutama ketika urusan keluar dan masuk barangan.

Falsafah Lexus tentang hospitalit­i dicerminka­n pada Lampu Pintu Selamat Datang yang akan menyala setiap kali dibuka bersama paparan logo Lexus berhampira­n kawasan pintu supaya jelas dan mudah dilihat untuk mengelakka­n daripada air dan lubang terutama parkir dalam cuaca gelap.

Dua aksesori lain yang turut dipasang pada

ini ialah pengimbas kad yang membolehka­n ia melalui laluan di plaza tol untuk kemudahan pemandu.

Model ini dilengkapi Perakam Video Digital (DVR) bagi tujual visual perjalanan dan bukti utama jika berlaku kejadian kemalangan yang terletak kemas di belakang cermin pandang belakang.

Semua aksesori yang didatangka­n untuk model

ini memenuhi standard dan kualiti tinggi dipasang oleh kakitangan Lexus yang terlatih dan profesiona­l di Pusat Aksesori UMW Toyota di Bukit Raja Selangor.

 ??  ?? LEXUS R300 Specil Edition dengan rekaan elegan.
LEXUS R300 Specil Edition dengan rekaan elegan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia