Harian Metro

BERTUDUNG PILIHAN PEROMPAK

- Agensi

„ Lelaki berpakaian wanita Islam larikan wang tunai dari sebuah bank di Austria

Polis Austria memburu seorang penjenayah yang menyamar sebagai perempuan Islam lengkap dengan memakai tudung ketika merompak sebuah bank, beberapa minggu selepas seorang lagi lelaki melakukan perkara yang sama.

Mail Online melaporkan, polis turut menawarkan £2,000 (RM10,804) sebagai ganjaran untuk sebarang maklumat mengenai identiti lelaki berkenaan yang merompak DenizBank di Linz, Upper Austria baru-baru ini.

Pihak berkuasa juga menyiarkan gambar lelaki itu yang memakai tudung dan seluar belang sambil membawa troli serta beg.

Suspek juga dilihat memakai cermin mata, topeng getah serta memakai gincu bibir.

Lelaki itu yang bersenjata­kan pistol masuk ke cawangan bank berkenaan dan memaksa seorang petugas menyerahka­n sejumlah wang sebelum melarikan diri dengan sebuah skuter.

Sebelum kejadian, suspek cuba merompak sebuah lagi bank di Vienna tetapi gagal selepas petugas di bank itu menjerit meminta tolong.

Penjenayah itu dipercayai berusia antara 20 hingga 35 tahun dan ketinggian 179 hingga 188 sentimeter.

Bulan lalu, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang disyaki merompak sebuah bank Turki di Vienna dengan memakai tudung serta membawa pistol berwarna emas.

Lelaki itu menyerahka­n nota bagi meminta wang daripada seorang petugas bank sebelum melarikan ribuan Euro.

Suspek ditangkap selepas seorang saksi mengekorin­ya sebelum merakamkan gambar lelaki itu sedang berehat di taman selepas merompak bank berkenaan.

Polis berkata, rakaman kamera keselamata­n menunjukka­n dua lelaki berbeza memakai tudung melakukan sekurang-kurangnya empat rompakan di Vienna dan Linz.

Bagaimanap­un, polis tidak mendapat laporan kaitan antara kedua-dua suspek berkenaan.

 ??  ?? LELAKI yang memakai tudung diburu selepas merompak sebuah bank di Linz, Upper Austria. - Agensi
LELAKI yang memakai tudung diburu selepas merompak sebuah bank di Linz, Upper Austria. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia