Harian Metro

Murdoch gagal saingi bidaan Comcast miliki Sky

-

London: Syarikat televisyen gergasi Amerika Syarikat (AS), Comcast kelmarin berjaya mengenepik­an syarikat 21st Century Fox milik bilionaire, Rupert Murdoch dalam saingan sengit untuk menguasai syarikat televisyen, Sky.

Saingan sengit antara dua empayar media itu yang berlangsun­g secara rahsia berakhir dengan Comcast menawarkan £30.4 billion (RM164.2 bilion) untuk membeli syarikat berkenaan.

Sebelum ini tawaran tertinggi diterima syarikat itu £27.6 billion (RM149 bilion).

Pemegang saham syarikat itu kini mempunyai masa hingga 11 Oktober depan untuk memilih tawaran mana untuk diterima.

Bagaimanap­un, ketua eksekutif Comcast, Briant Roberts menganggap keputusan itu sebagai hari yang hebat untuk syarikat berkenaan.

“Sky adalah sebuah syarikat yang menakjubka­n dengan platform yang bagus, jenama yang hebat dan pengurusan yang berjaya.

“Pemeroleha­n ini membolehka­n kami dengan cepat, efisien dan penuh bermakna meningkatk­an pangkalan pelanggan serta berkembang di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan.

Sky yang mempunyai langganan berjumlah 23 juta dan hak penyiaran terhadap Liga Perdana Inggeris menjadikan ia syarikat televisyen paling menguntung­kan serta berpengaru­h di Eropah.

Persaingan sengit selama dua tahun untuk memiliki syarikat itu telah mengubah landskap hiburan media dan meletakkan Comcast di kedudukan utama untuk mengatasi persaingan dalam talian. - AFP

 ??  ?? PEJABAT stesen televisyen Sky di Ilseworth, barat London. - AFP
PEJABAT stesen televisyen Sky di Ilseworth, barat London. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia