Harian Metro

China perkukuh propaganda

„ Rakyat hadapi kesukaran menonton rancangan televisyen luar, kerajaan hanya benar 30 peratus penerbitan asing

- Agensi

Rakyat China akan menghadapi kesukaran menonton rancangan televisyen luar apabila kerajaan negara itu melaksanak­an undang-undang baharu penyiaran yang mensyaratk­an hanya 30 peratus rancangan asing boleh disiarkan setiap hari.

Menurut draf Pihak Berkuasa Radio dan Televisyen Kebangsaan yang disiarkan Khamis lalu, stesen televisyen serta platform dalam talian diberi kuota 30 peratus bagi menyiarkan rancangan yang diterbitka­n di luar negara.

South China Morning Post melaporkan, semua rancangan asing perlu dihantar untuk kelulusan sebelum boleh disiarkan dan tidak boleh ditayangka­n di televisyen ketika waktu puncak antara 7 malam hingga 10 malam.

Draf itu yang dibuka untuk ulasan orang ramai sehingga pertengaha­n bulan depan menyatakan selain siri televisyen, filem, kartun dan dokumentar­i, semua terbitan lain perlu dihantar untuk penilaian serta tapisan sebelum boleh disiarkan.

Ia termasuk pendidikan, kebudayaan, sains dan teknologi, seni dan sukan.

Bagi rancangan terbitan tempatan, badan itu menca- dangkan boleh mengambil maksimum 20 peratus pelakon dan kakitangan penerbitan asing kecuali pekerja dari Hong Kong, Macau atau Taiwan.

Selain itu, jawatan pengarah dan penulis skrip tidak boleh kedua-duanya dipegang rakyat asing, termasuk dari Hong Kong, Macau atau Taiwan. Hanya seorang rakyat asing boleh menjadi sama ada pelakon utama lelaki atau wanita.

Profesor kewartawan­an Pengajian Luar Universiti Beijing, Zhan Jiang berkata, cadangan draf terbaru itu adalah bukti kerajaan China mahu mengongkon­g ideologi dan kebudayaan.

“Saya tidak terkejut dengan peraturan baharu ini, namun saya bimbang tapisan akan lebih ketat,” katanya.

Menurutnya, kerajaan bimbang kempen propaganda dan pendidikan kurang berkesan jika kanak-kanak China menonton terlalu banyak rancangan asing.

Seorang wanita yang bekerja dengan syarikat penyiaran video terkemuka China berkata, undang-undang baharu itu akan menjejaska­n industri hiburan.

Menurutnya, lebih 30 peratus kandungan penyiaran syarikatny­a serta syarikat lain dihasilkan di luar negara bagi mendapatka­n kualiti lebih baik.

“China menghasilk­an banyak siri kartun, namun kualitinya amat teruk. Kami tidak boleh menghasilk­an kartun berkualiti seperti Peppa Pig, PJ Masks dan Paw Patrol bukan kerana tiada teknologi tetapi kekurangan skrip dan idea yang bagus,” katanya.

Menurutnya, beliau menjangka ramai akan melewati sekatan Internet (firewall) kerajaan untuk menonton di laman web asing.

 ??  ?? PEMERHATI bimbang undang-undang baharu penyiaran yang menyekat rancangan terbitan asing akan menjejaska­n industri hiburan China. - Gambar Hiasan
PEMERHATI bimbang undang-undang baharu penyiaran yang menyekat rancangan terbitan asing akan menjejaska­n industri hiburan China. - Gambar Hiasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia