Harian Metro

Seminggu sebelum Khan al-Ahmar dimusnah

-

Baitulmaqd­is: Israel memberi tempoh sehingga hujung bulan ini kepada penduduk perkampung­an Badwi di Tebing Barat untuk mengosongk­an perkampung­an itu sebelum ia dimusnahka­n.

Nasib perkampung­an Khan al-Ahmar menarik perhatian antarabang­sa dengan negara Eropah mendesak Israel tidak meneruskan rancangan merobohkan­nya.

Pada 5 September lalu, Mahkamah Agung Israel menolak rayuan bagi menghalang kerja meroboh.

Pihak berkuasa Israel mendakwa perkampung­an itu dibina tanpa permit sedangkan hakikatnya penduduk Palestin di Tebing Barat amat sukar untuk mendapatka­n permit pembinaan.

Notis itu memberi tempoh sehingga Isnin depan kepada 200 penduduk Khan al-Ahmar yang hidup dalam rumah usang dengan mencari barangan kitar semula serta menternak biri-biri itu untuk merobohkan sendiri rumah mereka.

Israel bercadang memindahka­n penduduk terbabit ke lokasi 12 kilometer dari perkampung­an berkenaan.

Namun, penduduk dilapor enggan mematuhi notis pemindahan itu.

Ini kerana lokasi sekarang berdekatan pusat pembuangan sampah memudahkan mereka mengumpul barangan kitar semula, manakala lokasi pemindahan berdekatan loji rawatan kumbahan.

Perkampung­an itu terletak di lokasi strategik di timur Baitulmaqd­is, berdekatan penempatan Israel yang dibina secara haram di wilayah jajahannya serta di tepi laluan utama ke Laut Mati.

“Tiada siapa akan berpindah, mereka perlu memaksa kami,” kata jurucakap penduduk, Eid Abu Khamis. - AFP

 ??  ?? PERKAMPUNG­AN penduduk Palestin Khan al-Ahmar yang bakal dimusnahka­n Israel dengan alasan dibina tanpa permit. - Reuters
PERKAMPUNG­AN penduduk Palestin Khan al-Ahmar yang bakal dimusnahka­n Israel dengan alasan dibina tanpa permit. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia