Harian Metro

BISA MARQUEZ ‘KEMBALI’

-

Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez menamatkan kemarau kemenangan di Grand Prix (GP) Aragon, sekali gus mengukuhka­n penguasaan­nya selaku pendahulu keseluruha­n MotoGP.

Marquez yang kini mendahului carta keseluruha­n dengan 246 mata melengkapk­an 23 pusingan saingan dengan catatan terpantas, 41 minit 55.949 saat tatkala saingan musim hanya berbaki lima perlumbaan.

Tempat kedua dimiliki pelumba Ducati, Andrea Dovizioso yang ketinggala­n 0.648s di belakang Marquez manakala Andrea Iannone (Team SUZUKI ECSTAR) melengkapk­an pentas podium di sirkit MotorLand Aragon itu.

Kali terakhir Marquez yang juga juara bertahan meraih kemenangan adalah di GP Jerman, pertengaha­n

(gambar)

Julai lalu.

Sementara itu, pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang bermula dari petak ke-18 pula menamatkan saingan di tangga ke-18 manakala pesaingnya dalam senarai muka baharu terbaik, Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) terus menjarakka­n kedudukan selaku pendahulu apabila menemui garisan penamat di

„ Pelumba Honda ungguli GP Aragon, kukuhkan kedudukan di tangga teratas

tangga ke-11.

Hafizh yang bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 itu kini ketinggala­n tujuh mata di belakang Morbidelli dalam senarai berkenaan dengan 24 mata.

Pusingan ke-15 musim selepas ini bakal memasuki pentas Asia dan Australia dengan GP Thailand yang berada dalam kalendar MotoGP buat kali pertamanya menjadi destinasi pertama, 7 Oktober ini.

 ??  ?? MARQUEZ (dua dari kanan) menjulang trofi selepas menjuarai GP Aragon.
MARQUEZ (dua dari kanan) menjulang trofi selepas menjuarai GP Aragon.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia