Harian Metro

Pochettino puji anak buah

-

Brighton, United Kingdom: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino memuji kekuatan mental pemainnya apabila mereka meraih kemenangan yang sangat diperlukan selepas membenam Brighton 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi semalam.

Spurs dahagakan kemenangan dan kejayaan dalam perlawanan keenam Liga Perdana itu berjaya mengelak mereka daripada kekalahan ketiga berturut-turut dalam semua kejohanan.

Harry Kane menamatkan kemarau gol dalam lima perlawanan selepas meledak penalti pada minit ke-42 dan Erik Lamela menggandak­an jaringan di babak kedua (minit ke-76) sebelum Anthony Knockaert merapatkan jurang gol untuk Brighton pada penghujung perlawanan (minit ke-93).

“Pemain sudah banyak menderita dan kecewa. Tekanan terlalu tinggi, mereka mahu menghadiah­kan keputusan yang baik untuk peminat, untuk diri sendiri dan untuk kami (barisan kejurulati­han),” kata Pochettino, selepas mengalami tiga kekalahan awal sejak mengambil alih tugas pada 2014.

“Saya mahu melihat semangat yang ditunjukka­n pemain pada kali ini akan diteruskan dalam perlawanan lain.

“Saya sangat gembira dengan sikap dan semangat mereka. Barulah kami sedar sebenarnya kami memiliki kualiti yang baik, pemain yang hebat dan kami boleh bermain bola sepak yang menakjubka­n.

Kejayaan itu melonjakka­n kedudukan Spurs ke tangga kelima carta Liga Perdana dengan ketinggala­n enam mata di belakang pendahulu, Liverpool.

Sama seperti rakan sepasukan yang lain, kapten England, Kane juga mengharapk­an dia mampu meneruskan sentuhan penyudah berbisa selepas memenangi anugerah Kasut Emas di Piala Dunia Russia.

Jaringan awal pagi tadi menyaksika­n dia meledak gol ketiga pada musim ini.

“Perlawanan hari ini lebih kepada pertarunga­n mental, mencari rentak di padang, berdepan tekanan yang tinggi dan saya rasa, kami berjaya melakukann­ya dengan cukup baik,” kata Kane. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia