Harian Metro

Dua kali tercicir mata, United ‘diikat’ Wolves

-

Manchester: Manchester United keciciran mata buat kali kedua berturut-turut dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri tatkala mereka diikat 1-1 oleh pendatang baharu Wolves, semalam.

Lebih menyakitka­n, keputusan hambar itu dialami di depan Sir Alex Ferguson yang membuat kemunculan pertama di Old Trafford sejak menjalani pembedahan akibat pendarahan otak pada Mei lalu.

Walaupun United kelihatan kurang bertenaga pada permulaan aksi, namun mereka terlebih dulu memecahkan kebuntuan seawal minit ke-18 dengan Fred meledak gol sulungnya untuk kelab selepas menerima bola tolakan Paul Pogba.

Malah, Fred hampir menggandak­an kedudukan menerusi sepakan percuma, namun percubaan di hujung separuh masa pertama itu berjaya diselamatk­an penjaga gol Wolves, Rui Patricio.

Sebaik bersambung babak kedua, Wolves kembali menyamakan kedudukan menerusi sepakan deras tonggak tengahnya Joao Moutinho yang menuju ke atas gawang United yang dikawal

Chelsea, ketiga dengan 15 mata, berpeluang menyertai Liverpool dengan permulaan sempurna dalam kempen dengan 18 mata jika mereka menewaskan West Ham United manakala keputusan seri 1-1 Watford di Fulham meletakkan mereka di tangga keempat dengan 13

mata. David de Gea.

Selepas itu, Wolves kelihatan lebih berbahaya dengan mencipta deretan peluang menerusi serangan kilat, namun gagal dimanfaatk­an jentera seranganny­a walaupun permainan lebih dikuasai United.

Malah, jika tidak kerana ketangkasa­n De Gea di hujung permainan, mungkin pengendali Nuno Espirito Santo mampu mengepalai Wolves meraih kemenangan pertama di Old Trafford dalam tempoh 38 tahun. Agensi

 ??  ?? MATIP (tengah) meraikan gol kemenangan bersama rakan sepasukan selepas menanduk bola ke jaring lawan.
REAKSI pemain City selepas berjaya membenam Cardiff 5-0.
MATIP (tengah) meraikan gol kemenangan bersama rakan sepasukan selepas menanduk bola ke jaring lawan. REAKSI pemain City selepas berjaya membenam Cardiff 5-0.
 ??  ?? REAKSI pemain United selepas seri dengan pendatang baharu liga, Wolves.
REAKSI pemain United selepas seri dengan pendatang baharu liga, Wolves.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia